Halaman

Wednesday, March 23, 2011

Hebat Sungguh Blog Blog YB Johor.

Semasa UMA bekerja sebagai pengurus pentadbiran di kilang tempat UMA bekerja dahulu, UMA lah yang berusaha supaya majikan menyediakan file server dan mail server. Apabila qoutation di terima, UMA memileh option yang paling tinggi. UMA jelaskan kepada Factory Manager sebab pemilihan yang UMA buat. FM bersetuju. Pada hari perbincangan dengan vendor, 2 sister company lagi memilih yang lebih rendah. UMA berikan sebab sebab UMA. Akhirnya mereka ikut pilihan UMA. Walaupun takde apa apa kursus komputer, boleh tahan jugalah, UMA sebagai server administrator di branch factory UMA.

Hal hal komputer di kilang, UMA ni boleh tahan juga. boleh jadi bomoh komputer. Staff Jepun pun cari UMA kalau mereka menghadapi masalah komputer. Adat bomoh, cong mesti nak lebih....

Meneliti blog blog YB Johor, UMA terasa amat hiba. UMA tahu cost penyediaan hardware dan software memang mahal. Apatahlagi orang orang kerajaan. Bukan nak belajar sendiri. Semuanya perlu di sediakan. Cost server, network, router dan mengupah bena standard blog. Blog Yb Yb Johor di pertanggungjawabkan kepada Unit Sains Komputer Dan ICT Negeri Johor. Oh bukan sikit belanja.

Untuk mengakses blog blog YB Johor terdapat pautan dari Agenda Daily Portal News. Di bawah Menu Laman utama terdapat link kenegeri negeri di Malaysia atau terus taip;  http://adun.johordt.gov.my/ di ikut klik link ke Dun yang di kehendaki.

Selepas melihat ke semua blog page adun adun ini, UMA berasa teramat teramat kesal. Kecuali Adun Mahkota, Adun Parit Raja, Adun bukit Batu, Adun Semarang, Adun Semerah, Adun bukit Serampang, Adun Kemelah, Adun Sungai Balang, Adun Tiram dan Adun Permas yang lain semuanya hampas. Hanya 10 blog dari 56 blog yang mengambil faedah dari kemudahan juta ringgit yang di sediakan.

  1. Blog Aktif : Saperti di nyatakan di atas. (10 blog)
  2. Blog hangat tahi ayam:  24 blog. Satu dua arikel atau di penuhi gambar katak atau berita mendapat cucu baru.
  3. Blogger yang tak tahu dia ada blog, 22 blog
  4. Selain blog yang di sediakan, ada juga adun yang mepunyai blog peribadi dan facebook ; iaitu Adun Mahkota, Adun Parit Raja dan adun Semarang.
  5. UMA cukup kagum dengan Adun Bukit Serampang kerana setiap entri yang di hantar boleh dapat lebih dari 1000 reponder. Sampai ada responder yang bertanya macam mana dia iklankan blog beliau tersebut. Sayang, Adun Bukit Serampang telah mula tidak update blog beliau sejak akhir tahun 2010.
  6. Ada juga Adun yang tidak promosi nama saperti Adun Permas.
  7. UMA nasihatkan kepada Adun Sungai Balang supaya mempunyai facebook. UMA yakin boleh berbual dengan remaja. Banyak input boleh di perolehi.
  8. Blogger hangat tahi ayam banyak yang syok sendiri. Upload dua kali gambar, memaklumkan dapat cucu, dan hanya tayang gambar diri sahaja. Ada juga yang mengucapkan selamat melayari blog beliau tetapi cuma page itu aje yang ada.
  9. Ada blog dalam pembenaan, dari tahun 2009 hingga hari ni tak siap siap.
  10. Ada blog untuk orang yang telah mati, orang yang masih hidup takde pula. Saperti blog Adun Tenang. Apa punye administrator?
  11. Ada Dun yang kita pun tak tahu siapa nama Yb di Dun tersebut.
Inilah masalah kerajaan yang UMA cukup tak kuasa. Kerajaan suka sediakan kemudahan tetapi tiada maintenance atau followup. Buat beribu ribu padang futsal lepas tiga bulan jadi pandang yang merbahayakan penguna. Buat tandas awam, takde kepala paip/takde air. Buat Dewan Serbaguna, takde pentadbir, pintu tingkap pecah dan ceiling menyembah bumi. Buat blog, tapi tak tahu nak guna.

Kadang kadang betul juga kata pembangkang. Kerajaan suka buat projek supaya kroni kroni senang cari makan. Selepas projek siap, projek tersebut tidak memberi faedah kepada rakyat.

Hallo YB, YB. Apa yang duduk kalut sangat. Kalau YB bekerja, ada report yang YB boleh buat. Kalau goyang kaki memang tak tahu apa nak report. Kalau YB melawat kawasan mesti ada persoalan yang di timbulkan oleh penduduk otomatik dia menjadi isu. isu itu yang perlu YB jelaskan kepada rakyat yang lain melalu blog.

Hallo YB, dalam pertemuan YB dengan rakyat, mesti ada persepsi rakyat yang tidak betul. Persepi itu juga mungkin berlaku di lain lain tempat. YB boleh ambil persepsi tersebut dan di perbetulkan. Kemudian sebar kepada mereka yang lain.

Hallo YB, dalam setiap penggal mesti telah di tetapkan perancangan. Matrix perlu di sediakan. Perancangan itu perlu di sebarkan kepada rakyat baru rakyat tahu yang yb sentiasa sebok.


Hallo, hallo Yb. Kami ni blogger nak tolong Yb. Kami perlu maklumat dari YB. Nak jumpa bukan senang, nak telefon belum tau dapat. Tulislah yang yb rajin bekerja dalam blog itu barulah kami dengan rakyat tahu apa yang yb buat.

Apakah YB lebih sebuk dari Anwar Ibrahim atau DS Najib. Ye ke? Anwar boleh update twtter setiap 1 jam. DS Najib boleh jawab semua soalan/komen dalam facebook beliau. Nak beritahu rakyat tak perlu tulis berjela jela. Anwar tulis hanya satu ayat dalam jawapan di twitter dia. Itu pun tak boleh buat? Kalau begitu memang tak buat kerja.

UMA nasihatkan kepada Agenda Daily buang aje link ke Laman Blog Rasmi ADUN negeri Johor. Buat di ketawakan rakyat aje. Blog admistrator buatlah satu report, blog mana yang aktif dan tidak aktif feedback balek kepada mereka. Tak perlu sediakan kalau ianya tidak di gunakan. Keluarkan report kepada MB.

Kalau kat kilang aku, mati kau semua.

Kepada warga Johor. Mana mana Yb yang pandai bercakap tapi tak pandai membaca dan menulis, lebih baik jangan pilih mereka lagi. Yb yb ni report pada MB. Kerana hari hari dia memang mengadap MB. Kalau MB tahu dia buat kerja, mana kita tahu dia buat kerja. Tapi yang pilih mereka adalah kita. Jadi wajar mereka report kepada kita. Kalau mereka tak mahu report, kita jangan pilih dia lagi.

Tolong buatlah betul betul. PRU Dah dekat nie. Lainlah kalau PRK, senang sikit nak dapat maklumat.


1/10, 10/12-09, 9/3-10 dengan 5 artikel.
No DUN Nama Wakil Rakyat Last Update Lain Lain Catitan
1 Mahkota YB Hj Md Jais Hj Sarday 15/3/2011 http://mahkota.net
2 Buloh Kasap YB Datuk Hj Othman bin Jais
Sorry, there is nothing to display...
3 Tangkak YB Goh Tee Tee 15/02/2010 25/6-09, 12/7-09, 12/2-10
4 Benut YB Datuk Ir Hasni Hj Mohammad 24/06/09 1 artikel
5 Tenggaroh YB T. Murukasvary 01/09/09 2 artikel dengan 1 gambar wanita MIC
6 Paloh YB

7 Johor Lama YB

8 Tg Surat YB

9 Kukup YB Md Othman Hj Yusof 30/06/09 3 artikel termasuk seminar bengkel laman blog pada 25/6/09
10 Bentayan YB Gwee Tong Hiang 09/04/10 5 artikel dari 14 Dec '09 hingga 9 Apr '10
11 Parit Raja YB Aziz Kaprawi 29/07/10 http://www.azizkaprawi.com;http://www.facebook.com/azizkpw
12 Jementah YB Dr Lee Hong Tee 23/06/09 Mengalukan kesudian melayari blog? He..he..
13 Bekok YB

14 Bukit Batu YB Cheong Chin Lian 15/03/11
15 Bukit Naning YB Datuk Hj Abdullah Md Ali 22/07/09 Dua kali sahaja; 20/7-09 & 22/7-09
16 Semarang YB Datuk Samsolbari Jamali 03/03/11 http://dunsemarang.blogspot.com
17 Bukit Permai YB Hj Kamaruzaman Ali 25/06/09  25/6 sahaja.
18 Semerah YB Datuk Hj Ariss Samsudin 15/03/11
19 Senai


20 Bk Serampang YB Hj Tahir Mohd Ta'at 31/12/10 Fantastic. Setiap article mendapat lebih dari 1000 respond. Kenapa tak update?
21 Senggarang YB Jaaffar Hashim 21/07/09 Cover note sahaja.
22 Endau


23 Serom


24 Gambir


25 Skudai YB Dr Boo Cheng Hau 26/06/09
26 Sri Medan YB Datuk Hj Ahmad Zahari Hj Jamil 31/07/09 HARAP MAAF , BLOG DALAM PENYENGGARAAN.
27 Johor Jaya YB Tan Cher Puk 24/06/09 2 artikel pada 24/06-09
28 Stulang YB Mok Chek Hou 22/07/09 26/6, 22/7-09 dengan 5 artikel.
29 Jorak YB Dr Sharuddin Md Salleh 20/04/10 Peminat gambar katak.
30 Sungai Abong

Sorry, there is nothing to display...
31 Kahang YB R.Vidyananthan 09/07/09 25/6, 1/7, 9/7 dengan 3 artikel
32 Kemelah YB Ayub Rahmat 23/01/11 http://www.facebook.com/ayubrahmat
33 Sg Balang YB Dr Robia Hj Kosai 15/03/11 Patut ada facebook. Masih sesuai melayan remaja.
34 Kempas YB Datuk Hj Osman Hj Sapian 22/06/09 LAMAN WEB INI MASIH DALAM PEMBINAAN. HARAP MAAF
35 Tg Puteri YB Hj Adam Sumiru 08/12/09 Satu hari buat 5 post terus bersara?
36 Tenang YB Datuk Sulaiman Bin Taha 22/06/09 Cover page sahaja. Al Fatiha........
37 Layang layang YB Hj Onn Mohd Yassin 23/06/09 Nur Farah Hanan Binti Mohd Shaeyfulnaezam
38 Tiram Tiada nama 15/03/11 petikan akhbar The Star
39 Machap

Sorry, there is nothing to display...
40 Yong Peng YB Lim Kee Moi
Sorry, there is nothing to display...
41 Maharani

Sorry, there is nothing to display...
42 Mengkibol YB Ng Lam Hua 29/09/09 Tulisan Cina dengan 1 artikel
43 Penggaram YB Koh Chai @ Koh Chee chai 22/10/09 22/6 Bengkel Blog 22~25 Jun 2009
22/10 hanya satu perkataan "Bertempat"
44 Nusa Jaya YB Datuk Hj Aziz Sapian 24/06/09 “Blank”
45 Pg Rinting YB Chia Song Cheng 04/09/09 Selamat melayari blog ini. He..he....
46 Parit Yaani YB Ng See Tiong
Sorry, there is nothing to display...
47 Permas
24/02/11 Semuga di teruskan. Tulislah nama YB!
48 Pasir Raja YB Datuk Dr adham Bin Baba 09/03/10
49 Panti YB Datuk Hj Baderi Hj Dasuki 31/12/10 17/3, 6/12,17/12,31/12-10
50 Pulai Sebatang

Sorry, there is nothing to display...
51 Pekan Nenas YB Tang Nai Soon 25/06/09 Pg 1 gambar,Pg 2 Tulis Cina.
52 P Wangsa YB Datuk Hj Abd. Halim Hj Suleiman 18/01/10 Sejarah Dun Puteri Wangsa sahaja.
53 Rengit YB Hj Ayub Hj Jamil 18/05/10 Gambar Yb sahaja. Boleh tahan muda lagi.
54 Pemanis YB Lau Chin Hoon 27/06/09 23/6, 27/6-09. Sedap pulut kuning tu...
55 Sedili YB Hj Rasman Hj Ithnin 17/08/09 25/6, 9/7, 17/8-09. 17/8-09 ulang cetak gambar 9/7
56 Penawar. YB Hamidah Mansor 13/10/09 5/10, 10/10, 12/10, 13/10

3 comments:

  1. Ini yang terdapat dinegeri Johor.
    Dari Negeri lain tak tahu lagi lahhhh.
    Sudah disediakan kemudahan,tak mahu digunakan.
    Masalah sungguh mereka ni !

    ReplyDelete
  2. jangan takut umb kan ada.......

    ReplyDelete
  3. Salam blognstarz,

    UMA akan monitor lagi seminggu. Kalau takde berubah, UMA akan message terus kepada MB.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!