Halaman

Sunday, March 6, 2011

Menang sorak, jangan ahklak tergadai

UMA ucap tahniah kepada kedua dua wakil rakyat BN yang telah memenangi PRK Merlimau dan Kerdau. Setinggi tinggi tahniah kepada semua blogger yang bertungkus lumus membantu menjelaskan kepada rakyat kedudukan perkara yang sebenar sehingga rakyat mampu menilaikannya walaupun syurga menjadi sandaran pehak lawan.

Dalam kita bersuka jangan lupa ada yang berduka. Kita bersorak menang atas kematian orang lain. Cukup sekadar bertasbih mengucap syukur kepada Allah di atas nikmat yang di berikannya kepada kita.

Masa berprovokasi sepatutnya telah terhenti sebaik sahaja tempo kempen tamat. Mereka masih saudara kita. Tak baik menghina yang kalah. Kita berjuang buka pasal kita bermusuh dengan mereka. Kita hanya mahu memperbetulkan ideoloji mereka yang songsang dan sesat. Bertenanglah dahulu.

Tugas kita masih ada. PRU 13 menanti di hadapan. Dek terlajak kata, dek terlajak laku, rahmat dan nikmat di tarik semula. Kalah, kita berakhlak. Menang, kita juga berakhlak. Jangan nanti, akhlak kita yang mengalahkan kita semula.

Selamat berjuang rakan rakan.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!