Halaman

Monday, March 28, 2011

Mesyuarat Agong Cawangan. UMA sempat tegur Blog Adun Johor.

Malam tadi di langsungkan mesyuarat agong UMNO cawangan di taman UMA. Dalam ucapan penangguhan UMA sentuh supaya khatib yang berkhutbah tidak di pengaruhi oleh isu politik dan blog adun adun Negeri Johor, ada yang tidak di update sejak 2009.

Dua minggu berturut turut khatib yang membaca khutbah secara halus menyerang penulis blog. Pada minggu pertama di bawanya isu menghurmati orang orang tua dan jangan mengelarkan dengan nama nama yang tidak baik.

Minggu berikutnya, khatib yang sama membawa isu isu berkasih sayang sesama insan. Khatib meminta supaya penulisan di blog, email dan facebook supaya menjaga tulisan tulisan mereka. Mereka yang telah melakukannya perlu BERTAUBAT. UMA pun tak tahu berapa orang yang faham tujuan khutbah tersebut.

UMA tak kesah kalau khatib itu memang iklas. UMA dapati khatib ini juga ada blog yang beberapa artikel juga menunjukan bahawa dia bias kepada pembangkang. Dia juga pernah mengeluarkan kata kesat ketika pergolakkan di Dewan rakyat Perak. Khatib ini menuduh kerajaan sebagai perompak mengambil alih pemerintahan kerajaaan Perak. Begitu juga beberapa kali isu kenaikan harga barang seolah olah kerajaan sengaja menganyayai rakyat. Dia bukan sebarang orang. Seorang yang berkedudukan tinggi dalam pusat pengajian Tinggi di Segamat. Pengikut blog beliau terdiri dari penuntut penuntut pusat pengajian tersebut. Lainlah UMA. Takde pengaruh dan pangkat. Apa juga yang UMA cakap tidak begitu berkesan di dalam kehidupan masyarakat apatahlagi negara. Seorang yang berpangkat tinggi, mempunyai pengaruh dan pengikut sudah tentu boleh menentukan kestabilan negara. Apakah beliau betul betul iklas?

Nak bercakap ketika khatib membaca khutbah tak boleh. Bilal dah ingatkan supaya makmum diam dan dengar dengan taat. Sebab itu UMA menjawabnya dalam forum yang sesuai.

UMA juga menegur blog blog Adun Negeri Johor yang tidak di update. Niat suci kerajaan yang begitu baik supaya maklumat sampai kepada rakyat terabai begitu sahaja. Satu pembaziran wang rakyat,  UMA sempat juga menayangkan beberapa video; YB Nizar berhubung mengundi UMNO haram syarie, Mala: Balasan tuhan mengundi UMNO di Tenang, Ugama itu politik Nik Aziz VS Madza dan Ucapan nuar di ceramah tampa permit di Malawati. Video tersebut yang UMA rakam dari Utube. Pelik juga, cara wakil UMNO bahagian menuntun video tersebut macam baru tenggok aje. Mereka ni ada internet ke tidak?

1 comment:

  1. As'kum dan Salam 1 malaysia
    Saya dah link blog saudara diblog list saya
    Terima kasih

    http://blogpenyokongkerajaan.blogspot.com

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!