Halaman

Tuesday, March 29, 2011

MSO Gesa Pemimpin PAS menuntun Video Lucah, Dedahkan

Dua pemimpin PAS yang di war warkan telah menuntun video lucah ialah Mat Sabun dan Mustapha. Sehingga kini mereka berdiam diri. Mungkin terkelu lidah untuk berkata. Nak berkata "Ya", pemilihan pas dah dekat. Nak kata "Tidak" menipu pula. Lebih baik simpan dalam hati. [Rbf], [papagomo].

Mat Sabun menuntun kerana sikap kepoh dan dah memang itu sebahagian habitat kehidupan dia. Mustapha pula cuba cuba mencari sesuatu pisau yang boleh di simpan di dalam pocket. Mungkin boleh di jadikan pisau sebagai senjata pada masa akan datang. Mana pulak tahu, selepas menuntun tergamam, hingga tidak terkata kata.

Alah Mat, Mus. Kau beri aje jawapan standard, "macam nuar, tapi bukan nuar. Perut boroi". Ayat politik bukan susah sangat. Bila bila boleh tukar. Orang  politik, lepas caci maki boleh berpeluk. Kalau nak jadikan senjata nanti kau tukar lah, "Saya telah menuntun. Sesungguhnya dia adalah nuar".

Mat, Mus. Kau kena cakap. Kau tenggok apa MSO dah tulis tu. Dia anggap kau munafik. Dia nak tahu gambar tu tulin ke tidak?

"KATANYA sudah ada pemimpin Pas yang saksikan video lucah membabitkan Anwar Ibrahim. Kalaulah maklumat ini benar, sukar untuk dibayangkan apakah jadi lepas ini. Mungkin pemimpin Pas berkenaan sedia tonton kerana ingin kepastian. Dan sudah tentu pihak producer memilih hanya pemimpin pAS tertentu saja.
Apakah sikap dan tindakan demikian lebih munafik daripada apa yang dikatakan kepada Anwar. Saya sangat berharap pemimpin Pas yang menyaksikan video berkenaan selepas ini menjelaskan kepada Pas. Mereka kena jelaskan apa video berkenaan palsu atau original. Tidak ada gunanya kalau mereka menyaksikan tetapi tidak membuat sebarang penjelasan. Apanya untung dan rugi buat Pas." [MSO]

UMA: Mereka semua memang amalkan sifat munafik tu.

Sumber: MSO

Dah Ada Pemimpin Pas Tonton Vudeo Lucah?

KATANYA sudah ada pemimpin Pas yang saksikan video lucah membabitkan Anwar Ibrahim. Kalaulah maklumat ini benar, sukar untuk dibayangkan apakah jadi lepas ini. Mungkin pemimpin Pas berkenaan sedia tonton kerana ingin kepastian. Dan sudah tentu pihak producer memilih hanya pemimpin pAS tertentu saja.

Rasnaya tidak semua pemimpin diundang untuk menyaksikan video berkenaan. Pemimpin yang sebelum ini tidak senang dengan tindak tanduk Anwar tentu akan berlarian untuk menyaksikannya bila dipelawa. Tetapi mereka yang taksub kepada Anwar akan menolak. Biarlah diupah mereka tidak akan menyaksikanya.

Apa lagi mereka sama sekali tidak akan ditawar dan diajak untuk sama-sama menyaksikannya. Apakah wajar dalam keadaan sekarang untuk mana-mana pemimpin Pas menyaksikan video berkenaan?

Sama ada untuk mengesahkan atau sebaliknya rasanya tidak wajar. Atas semangat setia kawan tidak elok kalau ada yang berlari untuk menyaksikan video berkenaan. Bila ada yang pergi tengok sudah pasti kesetiaan kawan mereka boleh dipertikaikan.

Walaupun itu hak mereka tetapi dari sisi lain ia boleh dipersoalkan. Dalam keadaan sekarang apa juga boleh berlaku. Begitu juga dalam pihak musuh berusaha untuk memburukkan Anwar mereka boleh melakukan apa saja.

Tindakan pemimpin Pas itu tentulah atas sifat peribadi. Ia tidak akan melibatkan Pas seluruhnya. Cuma apa yang hendak ditanya apakah keperluan mereka menonton video berkenaan.

Kesimpulan mudah yang dapat saya katakan di sini kerana mereka meragui Anwar. Nah kalau sudah meragu untuk apa mereka dalam keadaan tertentu mendamping Anwar? Wajar kalau mereka membuat keputusan menjauhi saja Anwar.

Tetapi nampaknya dalam keadaan tertentu mereka cuba merapatkan diri dan menunjukkan sokongan kepada Anwar dan dalam masa lain pula memaki hamun dan menyesali Anwar.

Apakah sikap dan tindakan demikian lebih munafik daripada apa yang dikatakan kepada Anwar. Saya sangat berharap pemimpin Pas yang menyaksikan video berkenaan selepas ini menjelaskan kepada Pas. Mereka kena jelaskan apa video berkenaan palsu atau original. Tidak ada gunanya kalau mereka menyaksikan tetapi tidak membuat sebarang penjelasan. Apanya untung dan rugi buat Pas.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!