Halaman

Thursday, March 17, 2011

Nuar bukan lagi pendebat yang baik

Ramai orang memuji nuar adalah pendebat yang baik. Itu dulu. UMA juga berpendapat begitu dahulu. Dalam persekitaran yang menyokong beliau.

Nuar hanya berdebat dengan baik apabila di kelilingi oleh puak penyokong yang bersorak dan memekik menyokong ucapan beliau. Nuar bercakap dengan teratur apabila di tanya oleh wartawan asing sesuatu isu yang soalannya sengaja di berikan tanggung dan nuar terus menyumbatkannya ke gol. Nuar boleh menjawab dan berdebat dengan baik apabila soalan mengikut skrip saperti di rencanakan.

Apabila nuar bercakap di kelumpuk yang mengasak, nuar hilang punca. Soalan akan di jawab dengan soalan. Jawapan akan di beri kepada persoalan yang lain. Nuar akan beremosi.  Pegawai di sekeliling yang akan membantu menjawabnya. Selepas menyalahkan isu itu berpunca dari musuh musuh beliau, Nuar akan melarikan diri dengan segera. Jadi nuar tak ubah saperti pemidato UMNO yang bercakap berdegar degar di dalam dewan perhimpunan agong UMNO. Betul orang tepuk. Tak betul pun orang bersorak.

Beberapa contoh hilangnya kredibiliti nuar apabila di asak oleh wartawan dengan soalan cepu mas berhubung dengan demostrasi berkaitan dna beliau. Begitu juga apabila ceramah beliau di Kerdau di ganggu oleh UMI Hafilda dahulu dan soalan soalan di twitter dari rakyat. Cuba lihat bagaimana nuar begitu beremosi menjawabnya.


Hingga sekarang UMA lihat Tun Mahathir adalah orang yang paling stabil apabila persekitarannya tidak menyokong beliau. Beliau juga kerap di interview oleh wartawan asing dan ada yang secara live terutama ketika dunia begitu menyokong nuar. Tun M secara cool dan tetap dengan jawapan beliau tanpa perlu lari dari isi persoalan yang di tanya.


Dr Madza juga adalah pendebat yang baik. Dr Madza juga kerap bertembung ulamak dengan ulamak. Walaupun di hentam dengan tuduhan tuduhan berat dan kadang kala peribadi di atas pentas yang sama, Dr Madza masih boleh meneruskan hujah dengan tenang dan tersenyum. Dr Madza biar penentang debat beliau terus bermain dengan emosi.


Dari itu, nuar tak tumpah hanya pelakun drama yang bertutur dengan lunak berdasarkan skrip yang telah di sediakan. Manakal Tun M pula tak perlu orang sediakan skrip kerana Tun sendiri adalah penulis skrip.


Untuk merangsang nuar boleh berpidato dengan baik, UMA hadiahkan beberapa bait puisi;


Hanya setitik darah
bisa mengubah arah
samada semakin parah
atau mahkota meriah
rakyat makin marah
umat makin resah
mengapa liat susah
menitik sebutir darah!

Nukilan YB Zul Kulim.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!