Halaman

Sunday, March 20, 2011

Nuar patut contohi Mandela



NAJIB bergambar bersama rakan Facebook dari Sarawak selepas selesai majlis bersarapan pagi bersama mereka di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, di Petra Jaya, semalam.
 
NAJIB bergambar bersama rakan Facebook dari Sarawak selepas selesai majlis bersarapan pagi bersama mereka di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, di Petra Jaya, semalam.

DS Najib dalam sesi bersama 250 rakan online dalam majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung, di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama Sarawak, di Petra Jaya semalam menjadikan pelbagai buku tulisan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, terutama berkaitan pemimpin tidak harus berdendam, sebaliknya berfungsi menyatupadukan rakyat adalah antara inspirasi Datuk Seri Najib Razak untuk menjadi pemimpin.

Perdana Menteri berkata, buku berkenaan menceritakan penderitaan Mandela terpaksa merengkuk dalam penjara selama 27 tahun semata-mata kerana menentang dasar aparteid di Afrika Selatan tetapi pemimpin agung itu tidak pernah berdendam dengan mereka yang menganiayanya.


UMA berpendapat sebagai satu sindiran, nuar patut mencontohi Mendela walaupun merengkok 27 tahun tetapi tidak pernah berdendam apatah lagi merengkoknya nuar di penjara sebelum ini di sebabkan kes jenayah yang beliau lakukan sendiri.


Tulisan Mandela inspirasi Najib
Oleh Hassan Omar
hassanomar@bharian.com.my
2011/03/20

Iktibar pemimpin tak harus berdendam, perlu menyatupadukan rakyat

KUCHING: Pelbagai buku tulisan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, terutama berkaitan pemimpin tidak harus berdendam, sebaliknya berfungsi menyatupadukan rakyat adalah antara inspirasi Datuk Seri Najib Razak untuk menjadi pemimpin.
Selain membaca, beliau menjadikannya sebagai pedoman untuk berfungsi sebagai pemimpin masyarakat pelbagai bangsa dan agama di negara ini, sekali gus mendidiknya supaya tidak berdendam dengan sesiapa pun.
Perdana Menteri berkata, buku berkenaan menceritakan penderitaan Mandela terpaksa merengkuk dalam penjara selama 27 tahun semata-mata kerana menentang dasar aparteid di Afrika Selatan tetapi pemimpin agung itu tidak pernah berdendam dengan mereka yang menganiayanya.

“Banyak buku saya baca. Banyak juga buku mempengaruhi pemikiran atau memberi rangsangan kepada saya,” katanya.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan pegawai Sarawak Plantation Bhd, Dr Azaharani Seruji, 38, pada sesi soal jawab dengan rakan online beliau di laman sosial Facebook pada majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung, di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama Sarawak, di Petra Jaya, dekat sini semalam.

Sesi sejam itu dihadiri 250 rakan online Najib yang turut berkesempatan bersarapan dengan beliau. Ia adalah program sulung Perdana Menteri bersama rakan on line Facebook beliau yang diadakan di luar Putrajaya selepas dua program seumpama itu di Putrajaya sebelum ini.
Menjawab soalan pensyarah Maktab Kerjasama Malaysia, di sini, Mohd Suandi Mortadza, 33, yang ingin mengetahui perasaan Najib ketika pertama kali bergelar Yang Berhormat pada usia muda, Najib mengakui perasaannya ketika itu gementar.

Bagaimanapun, beliau berjaya melepasi cabaran itu kerana berpegang pada falsafah bahawa jika mandi di kolam dalam, beliau mempunyai pilihan sama ada berenang ke tepi atau lemas.

“Saya mengambil keputusan berenang ke tepi untuk melaksanakan tugas sebagai Yang Berhormat,” katanya.

Najib juga berkata, beliau akan meneliti masalah dihadapi 77 kakitangan bertaraf kontrak di Jabatan Hal Ehwal Veteran, Kementerian Pertahanan mengenai kontrak yang didakwa seorang kakitangan jabatan itu akan ditamatkan pada 31 Mac ini.

Beliau menjawab soalan Maria Saufi, 30, yang mendakwa kontrak kakitangan terbabit akan ditamatkan akhir bulan ini, sekali gus membimbangkan beliau dan kakitangan lain.

Sementara itu, dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata pemimpin harus bergerak dengan massa dan saling berhubung dengan rakyat sama ada melalui pertemuan secara langsung atau memanfaatkan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT).

 

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!