Halaman

Monday, March 7, 2011

Oiii, nak menang tak?

UMA rasa berang betullah bila pehak pehak berkuasa ni kalau lembab. Bukan apa, UMA pernah bekerja dengan syarikat swasta dan bagaimana setiap pekerja di asuh mengejar matlamat.  Rakan UMA yang tinggal di Taman Bandar Putera, Tongkang Pecah, Batu Pahat mengeluh rumah yang di beli selama 13 tahun masih belum ada CF. Apa mengarutnya tu? Jika ada masalah, siapa yang menyelesaikannya. Kenapa perlu buat rakyat marah. bukan setahun dua beb. 13 tahun masih belum ada nampak penyelesainya lagi.

Satu lagi tentang UMNO. Beliau mengadu PAS dah buka cawangan di Taman tersebut manakala UMNO tidak ada siapa yang peduli. UMA pernah tinggal di kawasan itu selama 2 tahun sebelum bersara. UMA akui kawasan tersebut memang pengaruh PAS agak kuat. Kerap di adakan ceramah PAS di sana dan suara ceramah boleh di dengar hingga kerumah UMA. Sekali lagi UMA nak tanya Dato Mohd Aziz – Ahli Parlimen Sri Gading. Nak menang ke tak nak? Janganlah buat perleceh.


Sila ikuti curahan perasaan rakan UMA:


"Bab pegawai kerajaan lembab ni cerita lama, dari satu PM kesatu PM. Teringat lagi di zaman Pak Lah, antara hasilnya…Jabatan imigresen jadi laju sikit..urusan passport jadi 12jam je.

Total ada berapa Jabatan Kerajaan kat Malaysia ni ye? Kalau satu PM cuma perbaiki prestasi satu jabatan aje, maka PIOT kita pun akan ada masalah sama mcm MOYANG dia (kitalah).

Saya ambil contoh minggu lepas. Dato Mohd Aziz – Ahli Parlimen Sri Gading datang Tmn saya, org tanya pasal CF sejumlah rumah yg masih tergantung.. dia bgtau masalah sama....Utk keluar CF perlu melibatkan 6 jabatan kerajaan. Semua jabatan perlu turun padang dan melihat sendiri keadaan sebenar baru CF boleh keluar….

Bila org tanya berapa lama masa perlu diambil ? Dia tak dpt jawab…pusing muka ke pegawai Majlis, muka DO dah merah..he he.. manakan tidak, projek thn 1998 sampai skrg tak blh masuk rumah yg dah siap.
Tapi diorg jawab juga…biasalah..pegawai kerajaan selalu kena pindah, byk kerja tertangguh. Masalah ni pun Salah kerajaan juga kot? Pulang semula ke To’ Aziz.. Tolak ke Bomba…
Tolak ke JKR..tolak ke  sana ..sini… lepas tu minta sabar…Dah masuk thn ke 13 ni….  Lepas tu sebilangan penduduk yg dtg naik angin. PANAS.. 

Cawangan PAS dah 4bulan buka kat Tmn saya ni,
UMNO tak de lagi..
Nasiblah Dato’ …pkl 8.30am telinga dah panas…he he. Pkl 10am Dato cabut, kesian dia, nak dtg pasal rasmikan projek basmi Denggi, tak pasal2 dia yg kena gigit dgn nyamuk Aedes pulak"

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!