Halaman

Wednesday, March 30, 2011

Oooo pocot...

Satu lagi isu pas untuk memalukan Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib kerana di kaitkan dengan senaman poco-poca. Lepas ni, senaman ini akan menjadi isu piliharaya di Sarawak membuktikan bahawa DS Najib tidak Islam, he...he....

Ala pas, sebelum ini takde fatwa yang mengharamkan. Kalau dah ada fatwa, barulah haram. Jika Perak haramkan pun, belum tau negeri lain turut haramkan. Mungkin ada pandangan yang berbeza dari ulamak yang lain. Pada dzahirnya mereka melakukan senaman itu bukan pasal agama. Mereka melakukannya kerana mengalakkan riadah.



Senaman poco-poco haram - Mufti Perak
Harakahdaily   
IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!