Halaman

Thursday, March 3, 2011

Pas di luar kelantan kurang Islam?

Terima kasih kepada semua blogger yang hampir kesemuanya membuat kesimpulan bahawa di Selatan Tanahair walaupun UMNO begitu kukuh namun keikraban sesama orang walaupun yang berlainan fahaman politik. Di Selatan tanahair kami tidak perlukan 2 imam. Kami boleh duduk rewang bersama sama dan di masjid boleh bersembang bersama sama. PAS di selatan tanahair tidak mengkafirkan UMNO.

Di kampung isteri saya walaupun majoriti penduduknya UMNO, salah seorang imam masjid di Kampong Sawah, Pekan Nenas adalah seorang kuat PAS. Kami tidak ada masallah berimamkan dia. Begitu juga ahli PAS tidak ada masallah berimamkan orang UMNO di masjid tersebut. Dalam masjid, langsung tak terfikir pun pasal politik. Kelantan dan di utara tahair sahaja yang menghadapi kekalutan saperti itu kerana tuan tuan guru mereka yang kalut juga. Jelas, PAS tak boleh kuat. Kalau kuat dia akan menjahanamkan Islam.

Merlimau, Kerdau dan Tenang membuktikan keikraban tersebut. Malahan PAS pimpinan negeri dan daerah cukup takut kalau kalau pemimpin pas pusat datang membantu kempen. Kami tidak mahu persaudaraan antara kami terhakis. Apa tahlagi kalau yang datang tu nuar. Kami bukan hirau sangat dosa dia dengan Allah. Hukuman dia akan terima kelak. Yang kami tidak boleh terima adalah agenda dia yang memecahkan bangsa dan agama. Dari itu, tidak kira PAS atau UMNO di selatan tanahair akan seboleh bolehnya menghalang beliau datang untuk tidak merosakan keharmonian yang sekian lama terjalin.

Di selatan tanahair, waktu kami bermasyarakat kami tidak berpolitik. Apabila kami di dewan politik kami berbincang tentang masallah tempatan yang kami hadapi dan berharap politik dapat membantu menyelesaikannya. Dalam perbincangan tidak pulak terfikir selesaikan kawasan UMNO atau PAS. Kebetulan ahli PAS memang kurang. Jadinya kami bantai semua untuk kesejahteraan penduduk sahaja. Walaupun penduduk di situ ada juga bangsa bangsa lain.

Bila orang PAS utara tanahair nak belajar aman. Sekarang ni dah sebok pasal nak memberontak. kalau nuar tu yang sebok nak memberontak dah kira betul. Dia boleh meluluskan diri dalam huru hara yang di cipta. Tak tentu pasal anak isteri kita yang tidak berdosa terpaksa menanggung akibatnya.

3 comments:

  1. SALAM UMA,

    GWM MOHON DAN PINJAM ARTIKEL UMA, LANTAK NGKOLAH BOB! DAH PUBLISH DALAM BLOG.

    ReplyDelete
  2. Salam GWM,

    Bila dah di hias nampak cantik dan tak rasa buruk sangat bahasa yang di gunakan, he...he.. Terima kasih kerana menghargai pandangan saya.

    ReplyDelete
  3. SALAM UMA ... ARTIKEL UMA BESAR PENGISIAN DAN SINDIRAN SEBENARNYA! MEMANG MANTAP! BARU BETUL NAMANYA KITA BLOGGING!

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!