Halaman

Saturday, March 26, 2011

Penyakit bermula dari Nuar

Nuar ni banyak musuh politik. Musuh politik semasa dalam UMNO dan musuh dari bekas puak reformasi dan musuh musuh yang masih lagi dalam PKR. Ramai juga bekas puak reformasi yang tak pun masuk UMNO. Rasanya orang yang kuat menyerang nuar bukan dari puak UMNO tetapi mereka begitu kecewa selepas bermati matian bergolok bergadai, berguling guling atas jalanraya dan sama sama tidur dalam lockup.  Akhirnya mereka merasakan tertipu dalam penjuangan yang lalu kerana prinsip perjuangan bukan untuk kepentingan bangsa dan negera sebaliknya perjuangan mereka yang memperjuangkan individu tertentu.

Rasanya blog blog yang menyokong kerajaan belum tentu UMNO. Mereka bukan hendak UMNO menang tetapi mereka hendak PR kalah. Sebab itu mereka tidak benar benar menyokong UMNO. UMNO pun mereka bedal juga. Blog dari bekas PKR yang begitu terluka di hati akibat selepas bermatian memperjuangkan PKR rupanya perjuangan itu bukan sebagaimana yang mereka fikirkan lalu mereka terjemahkan di dalam tulisan tulisan mereka.

Bagi nuar jika orang itu tidak PR mereka adalah UMNO. Orang bebas pun UMNO, bekas reformasi pun UMNO dan musuh peribadi masa dalam UMNO pun dia anggap UMNO. Akhirnya UMNO terpaksa menanggung segala sumpah seranah nuar saperti yang berlaku pada ceramah nuar pada hari semalam.

UMA lihat orang UMNO menyerang tak sehebat bekas bekas pkr. PKR pakai silat sending. Jangan terkelip mata. Penumbuk akan sampai ke muka musuh. UMNO masih pakai silat jawa. Musuh rapat dia lari jauh. Satu gelanggang dia pusing. Penumbuk tak keluar juga. Pendekar UMNO berpendapat, tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berkembur. Pendekar UMNO kerap meletakkan kesahan kepada bekas bekas reformasi menyebabkan orang lagi benci UMNO. UMA pula melihat sebaliknya. Bekas reformasi yang mengembalikan rakyat balik menyokong kerajaan.

Sepatutnya nuar selesaikan masalah dia dengan musuh musuh dia bukan segala galanya di tuding kepada UMNO. Sehingga turun naik pusaka Tok Adam dia tu pun nak di salahkan UMNO.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!