Halaman

Monday, March 28, 2011

Semangat debat telah luntur. Mahfoz tolak pelawaan.

Mahfuz orang yang kuat melenting, lebih lonjak dari tinggi kali ini dah tak ndak berforam dan berdiskusi. Biasanya Mahfuzlah pembuat banner kalau ada demo, tak kira dalam Parlimen atau jalan menuju ke istana. Kali ini, bila Nalla ajak buat perjumpaan untuk menerangkan siapa dia nuar, beliau menolaknya. “Jadi tak perlu nak susah-susah nak dedahkan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena".

Yelah tu Fuzz. Lagi banyak dengar, lagi banyak ajib.



Pemimpin PAS enggan layan hasrat Nalla

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Pimpinan tertinggi PAS mengambil pendirian tidak mahu “melayan” hasrat Datuk S. Nallakaruppan yang mahu bertemu pemimpin parti Islam itu bagi mendedahkan sendiri siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, pemimpin PAS enggan memberikan sebarang komen berhubung cadangan Nallakaruppan itu,
“Beliau (Nallakaruppan) tak perlu nak dedah... kita pun tahu siapa Nallakaruppan.
“Jadi tak perlu nak susah-susah nak dedahkan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tidak mahu melayan “permintaan” Nallakaruppan itu.
“Kita tak mahu layan Nallakaruppan,” jawabnya ringkas.
Nallakaruppan dipetik Utusan Malaysia hari ini berkata,  kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar.
“Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua.
“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini.
Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS.
Menurutnya, banyak perihal Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.
“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.
Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad juga mengambil pendirian tidak mahu melayan Nallakaruppan.
Malah Mustafa juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.
“Tiada komen,” jawabnya.

2 comments:

  1. Ini memang perangai tradisi pas kan,bodoh sombomg.Kalau tak bodoh tak sombong bukan pas namanya.

    Apasalahnya dengar dulu penjelasan nalla bekas kawan baik nuar berpuluh tahun yg juga bekas orang kuat magnum yg sanggup ditahan isa demi nuar.Sekurang2nya kalau tak percaya pun dengarlah dulu apa yg dia nak cerita.Kalau tak puas hati boleh hentam dia balik,boleh panggil dia pariah upahan umno ke..

    Ini belum apa2 dah kata fitnah.Satu lagi rukun parti pas.Asal saja orang tu lawan umno dan sokong pas hatta dajjal dan syaitan sekalipun akan disucikan dan diangkat darjatnya oleh pas sebersih2nya dan setinggi2nya.

    Kalau ditakdirkan tiba2 anwar ibrahim buang tebiat kembali kpd umno dan menentang pas,aku confirm 1000% pas akan melolong2 memanggil anwar peliwat,gay,aljuburi,kaki kongkek,dajjal,munafikun dan yg sewaktu dengannya.Parti Islam konon..

    ReplyDelete
  2. salam tobeng,
    UMA angkat ibu jari atas ulasan tersebut.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!