Halaman

Friday, March 18, 2011

Tampal menampal selesaikan masalah?

Dua isu besar melanda negara yang boleh menimbulkan isu perkauman melalui buku sastera Interlock dan kitab agama kristian "Bible Al-Kitab". Lalu kerajaan mengambil langkah mudah dengan menyarankan supaya tindakan tampal menampal di lakukan keatas kedua buku tersebut. Tampal perkataan "pariah" pada buku sastera Interlock dan tampal "Hanya untuk orang kristian sahaja" pada Al kitab.

Orang berperang satu negara, rupanya tindakannya mudah sahaja, hanya tampal? Semudah kerja kerja di tadika. Apakah tindakan tersebut memuaskan hati mereka yang tidak berpuashati?

Buku interlock masih belum selesai. Panel bebas Interlock akhirnya di tubuhkan. Hasil dari panel bebas itu, Blog "Melayu Pasir Gudang" mendakwa,  "Panel bebas dari kalangan kaum India itu hanya dapat mencari 100 kesalahan yang sebahagian besarnya adalah kesalahan tanda baca. Adakah salah letak noktah atau koma itu menyentuh sensitiviti kaum India?"


Satu lagi saranan oleh kerajaan kepada al kitab dengan menampal label "Hanya untuk agama kristian sahaja". Mereka tak berpuashati juga. Mereka kata menghina al kitab.


Kenapa mereka ni dah mula kalut? Apakah kita perlu melayan hak hak kecil dan meninggalkan hak yang lebih besar? Hak akta yang termaktub dalam perlembagaan? Kita cuba seberapa daya melayan mereka. Mereka masih tak berpuashati juga. Apa yang mereka mahukan, kerajaan kena  ikut sahaja kehendak mereka.


Nampaknya permainan pembangkang berjaya menimbulkan bibit bibit huruhara melalui sastera dan agama. Kumpulan kumpulan ini sengaja di api apikan supaya membuat penentangan kepada kerajaan. Orang kristian kesah ke bible itu di tulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Dah beratus tahun mereka amalkan. Saperti orang Melayu membaca Quran dalam bahasa Arab. Hanya berapa kerat sahaja orang kristian di Serawak dan Sabah yang faham bahasa Melayu pun. Dek politik boleh jadi huruhara.


Dari itu kerajaan perlu mencari sebab sebenar perkara ini berlaku. Perkara ini telah di politikan. Dari itu, tindakkan hendaklah melalui politik. Bukan tampal menampal.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!