Halaman

Wednesday, March 23, 2011

Tan Sri Rahim Thamby Chik , keluarlah engkau dari lobok mu!!!

Dato' Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan telah mendedahkan bahawa TS Rahim Thamby Chik telah cuba melakukan rasuah politik kepada beliau dengan berjanji untuk membawa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. TS Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan D Johari.

Ya Tan Seri, Jika benarlah bagai dikata, sila keluarlah engkau dari lobok mu dan nyahlah dari UMNO kerana perbuatan mu sebenarnya amat jijik dan membunuh seluruh maruah ahli UMNO. Kami tidak mahu mencari ahli dengan cara helah begini. Kami mahu ahli UMNO yang benar cinta kepada perjuangan, bangsa dan agama. Kami bukan parti rasuah. Cukuplah jenayah yang pernah engkau lakukan sebelum ini.


Tetapi jika engkau di fitnah, aku seru rakyat di negara tercinta ini, marilah kita bangkit menentang dajal dajal yang selama ini membuat kita sentiasa hidup di dalam kekeliruan. Kita sentiasa bermusuh di antara kita akibat kegelojahan mereka untuk memegang tampok politik negara ini tampa menghiraukan kerharmonian kita semuanya.


Lalu keluarlah engkau Ya Tan Seri sekarang bagi menyatakan yang hak.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!