Halaman

Friday, March 25, 2011

Trio bakal bertukar jadi Duo

Johari pelincir membuat statemen lagi. Menurut Johari pelincir bahawa Datuk Shuib Lazim tidak terlibat dalam komplot Datuk Sazyrl dan Tan Seri Rahim (TSR). Menurut beliau lagi, Datuk Shuib pun kata pelaku itu bukan nuar.

Heee....licin betul pelincir nie. Patut TSR kata pelincir itu lubricant bukan KY Jelly. Lubricant lagi bahaya dari KY Jelly. KY Jelly tidaklah merosakkan kulit. Lubrican ialah hazardous chemical. Mesti di lampirkan dengan MSDS (Material Standard Datasheet). Sesiapa yang nak jumpa Johari pelincir pastikan bawa MSDS bersama. Takut kalau ada bencana akibat dari sentuhan beliau, doktor pun tak boleh rawat segera. Barang hazardous chemical, kalau nak guna mesti ada latihan awal. Sesiapa yang belum di latih jangan sesekali berjumpa dengan pelincir Johari. Merupakan satu kesalahan.

Nampaknya, semua PKR dah di latih spin. Kelabu jadi hitam kata TSR.

Trio dah tinggal Duo.





Sumber: The Malaysian Insider

MP Sg Petani: ‘Datuk T’ Shuib juga akui lelaki dalam video seks bukan Anwar

TERKINI @ 07:36:36 PM 24-03-2011
March 24, 2011
PETALING JAYA, 24 Mac - Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengakui salah seorang “Datuk T” – Datuk Shuib Lazim adalah “pak ciknya”, yang turut berpendirian tegas bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan Isnin lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shuib yang merupakan Bendahari Perkasa membawa Johari untuk menonton rakaman video itu di Hotel Flamingo Isnin lalu dan untuk membuat pengesahan sama ada si lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dikatakan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, adalah Anwar.
Anwar telah beberapa kali menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis kelmarin.
“(Pak cik saya) dia bawa saya untuk membuat pengesahan (sahaja) sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar, sama ada tulen atau tidak. Semasa kami turun, berada dalam lif, pak cik saya  juga berkata lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar,” kata wakil rakyat PKR ini pada sidang media di ibu pejabat  parti itu di sini hari ini.
Sidang media hari ini adalah yang ketiga diadakan oleh Johari sejak isu rakaman video seks muncul Isnin lalu.
“Masa kami turun dalam lif, dia kata pak njang (pak cik) pun tak percaya,” kata Johari.
Misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab semalam apabila  Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara dua hari lalu.
Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Shuib, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.
Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.
Shuib pernah menjadi senator dan timbalan menteri pada era 1980-an dan menurut Johari adalah rakan perniagaan Abdul Rahim dan Shazryl.
Sehubungan itu kata Johari, beliau juga pasti bahawa “Datuk T” bukannya tiga orang tetapi hanya Abdul Rahim dan Shazryl.
“Saya tidak melihat beliau terlibat (dalam konspirasi ini), saya fikir tidak, saya kenal dia secara peribadi,” kata Johari lagi.
Pagi tadi, Perkasa mempertahankan tindakan “Datuk T” yang menayangkan  rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.
Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.
“Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.
“Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu,” katanya.
Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.
Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.
Ketika ditanya mengapa Shazryl berkata “Datuk T” melibatkan tiga orang termasuk ahli pernigaan, Johari berkata:
“Apa pilihan yang mereka ada.”

1 comment:

  1. pengedar pelincir cakap dah berbelit sebab rahsia dia nak 100ribu serta 1juta sekepala terbongkar,nak tutup keMALUan serta takot dihentam oleh puaka2 anwar baik berdalih mcm tu

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!