Halaman

Monday, March 7, 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man cerdik sedikit dari Yuhaizad

Mengulas kekalahan Yuhaizad di Merlimau kelihatan Tuan Ibrahim Tuan Man lebih cerdik sedikit kerana memberikan lebih sedikit point dalam jawaban kenapa pas kalah. Jika Tuan Ibrahim Tuan Man bagi 5 sebab kekalahan, Yuhaizat hanya beri satu sebab. Yuhaizat kena belajar lebih kuat lagi supaya markah pernuh boleh di capai. Ambil kursus jarak jauh dulu yang di sediakan untuk ahli pas. Tak mahal. 6 bulan boleh dapat diploma. Opps... dah ambil ye?

Yuhaizat hanya memberikan 1 sebab kekalahan;
  1. dalam pilihanraya kecil bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapat undi sebanyak itu, memandangkan pertembungan yang terpaksa dihadapi bukan sekadar dengan Umno BN, tetapi juga dengan seluruh jentera kerajaan yang dipergunakan oleh BN walaupun ia ternyata bertentangan dengan undang-undang.
Tentang merit pada piliharaya ini pula jika Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan pertambahan undi pas di beberapa Felda, Yuhaizat hanya berpuashati bahawa pas tetap mempunyai penyokong yang ramai di kawasan itu yang boleh dihitung menerusi jumlah undi yang diperolehi seramai 2,319 orang.

"Jadi sekarang jelaslah kepada kita, walaupun saya tewas, tetapi saya tetap tidak berseorangan tetapi masih bersama para penyokong PAS yang sebanyak itu," katanya kepada Harakahdaily.

UMA: Kah...kah....kah...... Setakat ada penyokong dah berpuashati? Jangan kata nak jadi calun politik yang di bantu seramai 30 ribu penyokong dan doa ahzab, nak jadi perompak, peliwat negara, kebas duit negara, cencang mayat dan bakar kat ladang pun ada penyokong. Apa diplomalah yang kau ni buat. Patut tak lulus.

Zad! kenapa tak kau ambil keramat si Mala tu. Dia boleh turunkan banjir kalau pengundi tak sokong pas?

Sumber: haramjadah
PAS tetap ada penyokong di Merlimau
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 7 Mac: PAS mengucapkan tahniah kepada penduduk di Merlimau, Melaka, khususnya mereka yang memberikan undi kepada calonnya dalam PRK Dun Merlimau, semalam, bagi melakukan perubahan.
Calon PAS, Yuhaizad Abdullah menegaskan, walaupun tewas dalam PRK semalam, tetapi PAS tetap mempunyai penyokong yang ramai di kawasan itu yang boleh dihitung menerusi jumlah undi yang diperolehi seramai 2,319 orang.
Menurut beliau, dalam pilihanraya kecil bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapat undi sebanyak itu, memandangkan pertembungan yang terpaksa dihadapi bukan sekadar dengan Umno BN, tetapi juga dengan seluruh jentera kerajaan yang dipergunakan oleh BN walaupun ia ternyata bertentangan dengan undang-undang.
"Jadi sekarang jelaslah kepada kita, walaupun saya tewas, tetapi saya tetap tidak berseorangan tetapi masih bersama para penyokong PAS yang sebanyak itu," katanya kepada Harakahdaily.
Secara jujur, beliau turut mengakui yang beliau tidak sedih mahupun kecewa dengan kekalahannya itu, malah ia diterima dengan redha, sejajar dengan sifat sesuatu pertandingan yang pasti ada satu pihak yang kalah dan satu pihak yang menang. 
"Keputusan kita dah tahu dan saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya. Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN, Roslan Ahmad atas keputusan itu," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau turut berjanji akan menjadi pemantau kepada Roslan bagi memastikan segala janji yang ditaburkan oleh beliau bagi pihak Umno dan BN dalam kempennya ditunaikan.
"Sehingga kini, saya tidak pasti apakah punca utama kekalahan kita. Kami akan kaji selepas ini dan akan berusaha mengatasi segala kelemahan itu bagi menghadapi pilihanraya akan datang," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka turut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PAS Pusat kerana bukan sekadar memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menentang Umno BN bagi pihak PAS dalam pilihanraya itu, tetapi juga memberikan kerjasama kepada beliau dalam segala segi.
"Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh jentera kita sama ada dari kalangan pemuda, muslimat, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat sama ada di peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan dari seluruh negara kerana telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya dalam menghadapi pilihanraya semalam," katanya.
Dalam PRK Dun Merlimau semalam, beliau tewas kepada calon BN, Roslan Ahmad dengan majoriti 3,643 undi, apabila mendapat 2,319 undi manakala Roslan memperoleh 5,962 undi.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka, Adly Zahari berkata, banyak faktor yang menyebabkan kekalahan PAS di Merlimau dan satu “bedah siasat” akan diadakan oleh pihaknya bagi mencari punca-punca kekalahan pihaknya.
“Kita akan buat analisis. Setakat ini kita masih belum tahu apa punca tapi banyak faktor yang menyebabkan kita kalah. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada PAS,” katanya.

1 comment:

  1. Halau calon setan Yuhaizat dari kuaters guru di Jasin!!!!

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!