Halaman

Saturday, March 19, 2011

Wanita yang menyeramkan

Sebelum UMA menulis di blog, UMA tak tahu pun ada blog pro kerajaan. Cari sahaja apa apa isu, search engine akan menghalakan ke blog pro pembangkang. UMA tahu UMNO juga ada homepage. Tapi UMA tak berapa gemar homepage UMNO kerana homepagenya agak lembab untuk di akses di sebabkan di timbuni oleh gambar gambar terutama gambar gambar persidangan UMNO. Jadinya UMA lebih senang membuka blog Anwar Ibrahim. Blog tersebut amat cepat di akses. Dari itu UMA lebih terarah pada padangan Anwar Ibrahim kerana kerap membaca blog beliau. Makin lama makin lojik pandangan yang di lontarkan manakala jiwa UMA makin memberontak kerana tiada tanda pehak UMNO menjawab persoalan yang di lemparkan oleh blog tersebut.

Hampir kepada PRK Hulu Selangor, kebetulan terjumpa blog GAP. GAP mengistiharkan menyokong calun BN. GAP telah menyarankan supaya di perbanyakkan blog penyokong kerajaan. Bermula dari itu, UMA lihat bagai cendawan tumbuh blog pro kerajaan dan mereka minta di link kan. GAP telah membuat link ke setiap blog tersebut. Semakin lama, hubungan blog pro kerajaan semakin rapat.

Kini homepage UMNO juga telah bertukar kepada blog online dan lebih ringan untuk di akses. UMNO online dah tak syok sendiri. Sebaliknya kelihatan menjawab persoalan yang di kemukakan oleh blog pembangkang. Tahniah. Setakat yang UMA tahu, orang muda lebih suka melayari blog nyamuk kerana mereka berpendapat bahawa blog blog ini bukan mulut dan lidah UMNO.

Al kesah, sebelum UMA bertemu dengan blog pro kerajaan, berpusat dari blog Anwar Ibrahim, banyaklah kisah Datin Seri Rosmah Mansur di blog pro pembangkang. Kisah tentang ahli keluarga Datin Seri yang kecewa dengan Datin Seri tidak mengenang budi kaum keluarga, orang kampung yang menganggap Datin Seri bagai kacang lupakan kulit dan juga kisah perampas suami orang. Ada juga blog yang membawa cerita Datin Seri ahli sihir. Video temuramah di sertakan.

Apabila UMA lihat gambar Datin Seri Rosmah dengan rambut yang mengerbang, dengan mata yang besar dan dada yang lapang, memang saperti ada sesuatu yang tak kena. Wajahnya amat menyeramkan.

Tapi kini dengan membaca blog pro kerajaan, UMA mula sedar. Datin Seri Rosmah tidak ada beza dengan isteri isteri PM PM yang sebelumnya. Dan apabila sebut RM bukan lagi Rosmah Mansur. Rupanya Datin Seri Rosmah adalah mangsa konspirasi oleh pembunuh personaliti Datuk Seri Najib Tun Razak. Walaupun perasaan seram seram itu masih ada lagi kerana kesan saikoloji sebelum ini. Bukan UMA saja, malahan ada juga blog mesra kerajaan hingga sekarang ini yang meletakan Datin Seri Rosmah dan Ummi Halfidah sebagai bebanan kepada BN. Blog pembangkang telah berjaya menimbulkan persepsi tersebut.

Untuk melihat bagaimana Datin Seri Rosmah menjadi mangsa pembunuh character Datuk Seri Najib Tun Razak sila klik Papagomo ; rbf online.

Datin Seri, UMA cukup kagum dengan sifat kecekalan Datin Seri.

1 comment:

  1. Yes tuan. Sebagai kakitangan kerajaan aku juga rasa mual bila usikan keatas DSRM selamba diucapkan. Hingga tanggapan bahawa UMNO/BN ok kecuali DSRM saja yang jadi beban penghalang. Mohon sesangat diberikan tumpuan pembaikan tanggapan ini.

    Pihak-pihak terlibat dalam progrem permata khasnya harus salurkan maklumat! Tindakan SEGERA ni. Hakikat DSRM telah berjaya dijadikan faktor penolak kepada sokongan kepada UMNO/BN adalah benar berdasarkan pengamatan dan pemerhatian saya.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!