Halaman

Friday, March 11, 2011

Wau, Saifuddin Telah ada perancangan?

UMA terkejut membaca pendedahan "Masih Dalam BTN" tentang Saifuddin. Kalau apa yang "MD-BTN" tulis itu benar, sekali lagi amat malang bangsa Melayu di bumi bertuah ini. Kalau benar bagai di kata, UMNO akan runtuh. runtuh UMNO, runtuhlah Melayu. Baca sendiri pendedahan Masih Dalam BTN dalam blog Kelab Chet Det. 

Sumber: Kelab Chet Det

http://members.tripod.com/polong_cyber/koleksi5/b8132.htm

Strategi Saifuddin Abdullah

Saya adalah seorang yang kenal dengan Saufuddin semenjak di MCKK lagi walaupun
saya awal sikit dari beliau. Dia kenal saya dan saya pun kenal dia
sedalam-dalamnya. Kami bukan berkawan sehari dua - tetapi sudah lebih dua
puluh tahun kami saling mengenali sesama sendiri.

Perhubungan kami terus dikatakan rapat (mungkin kurang rapat selepas tulisan
ini - itu pun saya rasa dari perspektif beliau). Sebagai rakan, tulisan ini
adalah suatu yang patut diharapkan dari seorang rakan. Harus ada rakan yang
memperingati kita.

Dalam banyak perjumpaaan, kerap kali Saifuddin menyatakan hasrat beliau untuk
berjaya terus dalam politik. Memang dahulu beliau menyanjung DSAI. Memang
pun masih begitu (sekurang-kurangnya itulah yang diucapkan kepada saya ketika
dalam suasana saya dan dia berdua sahaja).

Malah pendirian ini bukannya pendirian dulu yakni sebaik sahaja DSAI
dilucutkan. Tetapi pendirian ini dinyatakan berkali-kali (dalam pertemuan
kami) sebaik sahaja DSAI dilucutkan jawatan, selepas DSAI ditahan, dan yang
terbaru selepas DSAI dihukum dan selepas beliau (SA) sendiri menyatakan secara
terbuka tentang "sokongan" beliau terhadap Mahathir.

Kata beliau, itu adalah terpaksa dinyatakan. Beliau mengaku telah pun
mendapat restu DSAI (walaubagaimana pun saya sangsi cerita ini) untuk kekal
dengan Mahathir dan menjadi musuh dalam selimut bagi Mahathir. Kata beliau,
beliau mempunyai perancangan yang baik.

Saya tidak percaya bab DSAI merestui. Sebabnya ialah saya pun kenal DSAI
secara rapat. DSAI sebagai senior saya semasa di kolej dan kemudian semasa di
UM (juga bersama dengan Saifuddin) saya pernah mendapat hint dari DSAI sendiri
nama beberapa orang yang DSAI beri kepercayaan sepenuhnya, beberapa orang yang
DSAI sangsi, dan beberapa orang yang DSAI langsung tidak percayai. Biarlah
saya tidak kategorikan Saifuddin di dalam kategori mana - cukup setakat saya
sangsi apa yang beliau katakan di atas.

Namun, Saifuddin turut mempunyai beberapa kisah lama. Saya akan simpan dahulu
- kerana saya masih mahu mengekalkan beliau sebagai kawan bukan bermusuh.
Cuma ini sekadar mengingati beliau.

Beliau di dalam perancangannya, telah bersedia untuk melompat ke Barisan
Alternatif (tapi hanya selepas pilihanraya - dan jika beliau menang DAN jika
Alternatif mungkin berjaya membentuk kerajaan. Jika tidak beliau ingin kekal
di dalam UMNO sebagai mata dan telinga DSAI (kata beliau).

Beliau kata beliau sanggup untuk berperanan seperti Ibrahim Ali tetapi tidak
keterlaluan dan tidak sebodoh (kata beliau) seperti Ibrahim itu. Beliau
mengaku dirinya lebih strategis dan jauh lebih cerdik (budak kolej konon) dari
Ibrahim Ali.

Satu perkara yang pernah beliau perakui suatu masa dulu (mungkin beliau sudah
lupa) ialah, memang dugaan kewangan dan kemewahan adalah antara suatu yang
sukar beliau tolak. Amat mencabar. Dan setakat yang saya dengar begitulah
tawaran telah dibuat terhadap beliau. Beberapa kali saya bertanyakan hal ini
- beliau nafi. Ada juga beliau buat-buat senyum dalam beberapa penafian
tersebut.


Salam dari,
Masih Dalam BTN.
13/8/99

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!