Halaman

Sunday, April 17, 2011

Ala Mala, lagi sakit jiwalah Makrof?

Suami Mala cikgu Makrof akan di tukarkan ke SMK Tanjung Pengeli, Kota Tinggi. Sebelum ini Makrof, 45, yang mengajar  di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, dikatakan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.

Makrof bermain air dalam di katakan sakit.
Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang.



Ala...ala  Mala, makin sakit jiwalah si Makrof tu? Dia bukan boleh di tinggalkan seorang. Baru di khabarkan berpindah ke Johor aje dah sakit jiwa. Takut di tinggal isteri. Sebab tu kemana aje Mala pergi, Makrof membontot Mala. Di Sarawak juga kelihatan Makrof turut serta bersama Mala di dalam kempen Piliharaya Negeri Sarawak.

Untuk anak anak di Tanjung Pengeli, nasib kaulah nak dapat guru sakit jiwa. Lepas nie lagi banyaklah cikgu kau tu bercuti. Balik nak tenggok isteri di rumah di samping kerap kena sakit jiwa.


Sumber: Berita Harian

Suami calon PAS Tenang diarah tukar sekolah
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
2011/04/17

Guru dikesan salah guna cuti sakit bantu isteri berkempen

BATU PAHAT: Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pertukaran itu sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.
“Pertukaran itu dibuat selepas kita meneliti jawapan surat tunjuk sebab Maarof berhubung isu beliau menyalah guna sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru dan sebaliknya berkempen di Tenang.

“Kita dapati Maarof melakukan kesalahan serius secara nyata iaitu menyalahguna sijil sakit itu bagi menemani isterinya berkempen sedangkan jika sekiranya benar sakit, beliau seharusnya berehat di rumah.

“Ia juga kesalahan tatatertib untuknya menyertai kempen politik pada pilihan raya kecil itu kerana beliau tidak mendapatkan kebenaran rasmi untuk berbuat demikian. Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk menukarkan Maarof ke sekolah lain,” katanya selepas Program Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram, di sini, semalam.

Januari lalu, Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Maarof dilaporkan memberitahu media beliau memohon cuti semata-mata menemani isterinya, Normala untuk berkempen sehingga selesai pilihan raya kecil itu.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran ketika dihubungi berkata, surat pertukaran itu sudah diserahkan kepada pihak berkenaan tetapi pihaknya tidak pasti sama ada Maarof sudah mula mengajar di SMK Tanjung Pengelih seperti diarahkan.

“Perkara ini perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat atau Kota Tinggi bagi mendapat kesahihan. Bagaimanapun, jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja,” katanya.

2 comments:

  1. Tak Pa, dulu suamai Cik gu Mala menemani Cik gu Mala berkempen , sekarang waktunya Cik gu Mala pula berkorban dan menemani Cik gu Maarof ,kan Cik Gu Mala dah tak mengajar lagi ,bolehlah ikut suami ini baru dikatakan hidup berkaseh sayang dan rukun damai tak begitu ke?

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah kah... ingatkan rakyat biasa Malaysia je kene kencing ngan AnWAR OMEGA ni. Rupe2ye wartawan2 seluruh dunia pun dikencingnye hidup2!!!!!

    Anwar berkata, beliau hanya bersedia untuk 'membincangkan' mengenai tuduhan dan dakwaan Raja Petra terhadapnya pada Ahad ini.

    "Lusa boleh bincang tentang kepimpinan Anwar. Jangan benarkan sesiapa alih pandangan.

    "Bukan saya nak elak, kalau nak bincang boleh, tapi 17 haribulan. Lepas itu boleh teruskan serangan terhadap Anwar," katanya sinis.


    Kalau dah kaki kencing tu, dgn sape2 pun tetap dikencing oleh si Dajjal tahap OMEGA ni... yang masih percaya, penyokong yg suke hirup kencingan manusia keparat ni je

    Kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!