Halaman

Thursday, April 7, 2011

Bersihkan SPRM atau Anu..aar?

Cantik punye timing. Elok dalam keributan jam omega datang pula cerita kematian di premis SPRM. Seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Kak Wan menuntut Putrajaya agar “membersihkan kotoran” dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sambil menyatakan rasa tidak puas hati ekoran satu lagi kes kematian di premis agensi itu. UMA pun tak puashati juga tapi biarlah polis siasat dulu. Banyak buat spekulasi pun tak guna.

UMA juga setuju teguran kak wan; "Sikap tidak peka ketika menjalankan siasatan amat ketara dan ia sudah menjadi budaya pegawai kerajaan.". Tapi kak wan, perkara ini lah yang selalu menguntungkan keluarga kak wan kerana keluarga kak wan selalu menang di mahkamah atas sebab sebab teknikal. Peneroka menang saman dan UMNO berhutang 218 juta kerana kurang bijak memilih lawyer yang tak datang perbicaraan.

Di hujung kak wan belok pulak? “Jika anda orang besar, anda tidak perlu risau. Tapi jika anda orang kecil mereka akan mencari anda."

“Jika anda menyampaikan ceramah dan tidak mempunyai permit, anda akan ditahan.
“Tapi jika anda dilindungi dan anda menayangkan video pornografi, anda akan dilepaskan,” pusing kak wan dengan merujuk kepada pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan suaminya nuar dan seorang pelacur China.

Takdenya kak wan. Buatlah dosa sebesar mana, orang kak wanlah yang bebas dan lepas. Perbicaraan nuar membontot Saiful sedang berlangsung. Nuar bebas bergerak dalam dan luar negara mencabar dan menghina mahkamah. Mana ada diambik tindakkan? Dah buat ceramah tanpa permit yang boleh  menganggu keselesaan rakyat, pun tak di ambil tindakkan. Polis cuma suruh berhenti aje walaupun dah jelas melanggar undang undang negara. Itu pun tak pakai brek emergency. Ceramah masih boleh di teruskan 15 hingga 30 minit. Si namewe buatlah provokasi hingga menyirap darah orang Melayu seluruh negara. Mana ada di ambil tindakkan? Itu belum kes Adun hina raja dan sultan melayu.....Kerajaan cukup berhati hati apa jua bentuk tindakkan yang di ambil kepada puak puak kak wan.

Papagomo tu besar mana? Siarkan video yang tak lucah pun. Kak wan pun tenggok video tu. Kalau lucah mana kak wan boleh tenggok. Berdosa. Dalam Islam hukumnya haram. Papagomo pun kena tahan. Apalah kak wan ni. Sentiasa nak kata kerajaan zalim.

Mana kak wan tahu yang menayangkan video tu tidak akan di tahan? Pelakun dalam video tu sendiri pun tidak di tahan lagi. Walaupun jelas watak orangnya. Polis sedang membuat siasatan. He..he...kak wan, mana orang boleh tayang video kalau tidak ada yang melakunkannya?

Sejak dua menjak ni, boleh tahan. Kak wan dah pandai bercakap. Selalunya senyap menikus. Ni mesti abang nuar yang suruh kak wan bercakap. Rakyat sebok kata kak wan diam tanda bersetuju. Cakap nuar dah takde siapa nak percaya. Tapi bercakap ni gianlah kak wan. Bila dah sekali bercakap memang susah nak berhenti. Makin banyak cakap, makin banyaklah bohong. Makin banyaklah tembelang akan terbongkar.

Kak wan, jam kak wan...........Elok kita bersihkan anu..arr dululah kak wan.


Sumber : Insider

Wan Azizah: SPRM perlu dibersihkan

Oleh Clara Chooi
KUCHING, 6 April – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut Putrajaya agar “membersihkan kotoran” dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sambil menyatakan rasa tidak puas hati ekoran satu lagi kes kematian di premis agensi itu.
Presiden PKR (gambar) itu berkata insiden terbaru hari ini amat memalukan SPRM selepas kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock dua tahun lalu.
“Ini satu tragedi yang mengejutkan dan apa yang lebih teruk ia berlaku ketika siasatan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh (RCI) sudah berada di pertengahan,” katanya pada sidang media di Satok di sini.
Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas kematian seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian Teoh ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.
Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
“Kami melihat ia satu perkara serius... ia akan memberi impak kepada institusi kerajaan dalam negara.
“Apa yang akan terjadi kepada institusi SPRM apabila ketika dipertengahan siasatan mereka sekali lagi berdepan insiden sama. Dan, kemudian bagaimana dengan tindakan pegawai SPRM yang memuat turun video porno ketika melakukan siasatan,” kata Dr Wan Azizah.
Beliau juga menyifatkan insiden itu sebagai “jahat”, sambil menambah ia akan menghakiskan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap agensi kerajaan itu.
“Institusi sepatutnya menjaga kita. Saya tidak rasa ini adalah perkara kecil... kita perlu lakukan sesuatu.
“SPRM perlu mengambil tindakan. Kerajaan perlu membersihkan segala kekotoran ini,” katanya.
Dr Wan Azizah juga mendakwa sikap tidak peka ketika menjalankan siasatan amat ketara dan ia sudah menjadi budaya pegawai kerajaan.
“Jika anda orang besar, anda tidak perlu risau. Tapi jika anda orang kecil mereka akan mencari anda.
“Jika anda menyampaikan ceramah dan tidak mempunyai permit, anda akan ditahan.
“Tapi jika anda dilindungi dan anda menayangkan video pornografi, anda akan dilepaskan,” katanya dengan merujuk kepada pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang pelacur China.

1 comment:

  1. kata dulang paku serpih....
    kak wan..jgn mengata orang....keluarga sendiri mcm mana? jgn pula nanti kak wan yg lebih2...
    bangkai gajah nak ditutup? hmmm....berbau juga bila dah mereput....

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!