Halaman

Wednesday, April 6, 2011

Dalam masa yang singkat sampai 2 Kali?

Adui..... satu belum selesai satu lagi pulak berlaku. Kes BTH masih dalam siasatan suruhanjaya. Ini dah Ahmad Sarbani pulak? Buat di caci oleh dunia aje. Kalau parti pembangkang tu tak kesahlah sebelum ni dia gunakan kes kastam ini  untuk hentam kerajaan. Tiba tiba pusing jadi pejuang kepada mereka pulak!!!

Adakah countermeasure kes kematian BTH telah di sempurnakan? CCTV dan rakaman suara telah di pasang? Boleh tak pennyiasatan tidak di buat di bangunan tinggi dan ada pengawal menunggu di luar pintu penyiasatan? Atau simpan aje orang yang di siasat itu dalam kotak yang berpagar besi!!!! Putera Merdeka suruh bekalkan payung terjun dan bilek penyiasatan di bawah tanah.

Orang yang pergi ke SPRM kalau tak mati pun otak dia dah separuh mati. Kita tidak boleh handle mereka sama dengan kedatangan orang awam ke pejabat kerajaan yang lain. Yang hadir ke SPRM bukan sekadar nak jawab soalan penyiasat sahaja. Mereka juga tengah berfikir apa nak jawab kepada keluarga, masyarakat dan kakitangan di bawah jagaan mereka. Itu belum lagi ambil kira nak jawab soalan di padang mahsyar. Kalau setakat RM 10, 20 tak kesahlah. Ini billion. Tak salah susah, salah lagi susah.

Kita baru nak desak supaya di ujudkan satu suruhanjaya video lucah. Tenggok apa kata thien;

Tian Chua
Let's demand a RCI over MACC death, waste no time over argument; BN is more interested in RCI on sex video than death of public officers.

Apa pula kata kak wan;

Dr Wan Azizah Ismail
Al-Fatihah buat keluarga SdrAhmad Sarbani yg ditemui mati di pejabat SPRM. Kita akan tuntut keadilan dan kebenaran.
 
Dan nuar tengah senyum sumbing. Nuar merujuk kepada kenyataan akhbar khalid gagap.
Anwar Ibrahim
Blog: : Kematian Seorang Lagi Saksi SPRM: Selangor Tekad Lindungi Kakitangan: KENYATAAN AKHBAR 6 APRIL 2011 ...
 
Walaupun kematian bukan atas konspirasi kerajaan, nama kerajaan tetap tercemar. UMA pun tertanya tanya, selepas kehadiran orang yang hendak di siasat, baru nak ambil fail? UMA kerap jadi panel DI atas salah laku pekerja, Undang undang buruh, guideline DI, surat perlantikan semua dah tersedia sebelum pekerja masuk.
 
Lebih baik jangan buat banyak spekulasi. UMA percaya kemalangan ini masih dalam siasatan. Biar pehak berkuasa jalankan kerja mereka dahulu. UMA cuma rasa dukacita.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!