Halaman

Tuesday, April 5, 2011

Geram betul aku tenggok engkau!!!

Nuar nie buat semua orang berbalah. Melayu, melayu berbalah, ulamak berseliseh pendapat. UMNO dengan PR memang berperang pendapat, UMNO dengan UMNO pun tak bersependapat?

Nazri setuju video di tuntunkan di parlimen. Ahmad Shabery pula kata, parlimen bukan mahkamah. Guano mu semua ni? Cuba sebelum keluarkan sesuatu pendapat telah di bincangkan di peringkat dalaman. Kalau aku bercakap tu suka hati akulah. Aku bercakap sebagai persepsi. Tapi kamu semua pemimpin.

Kadang kadang, UMA lihat PR lebih senada dalam apa apa isu. Ulamak hadi juga boleh sependapat dengan peliwat tegar. Kenapa UMNO tidak boleh rujuk kepada pehak tertinggi untuk menentukan pendirian? Semua nak cakap secara terbuka dan akhirnya rakyat yang memang dah terkeliru dek PKR bertambah di kelirukan oleh pemimpin UMNO pula. Hoi, siapa sebenarnya boss? Semua jadi boss ke?

Lepas nie lebih pemimpin UMNO tak payah nak ulas ulas pasal video tu. Biar kami blogger yang terangkan kepada rakyat. Blogger lebih bersatu dalam menyampaikan pandangan kami. Jangan buat rakyat lebih keliru.
He...he....Tengku Razaleigh pun sama.



KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membantah cadangan supaya rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang ditayangkan di Parlimen.

Mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh, pada Ahad, yang membuat cadangan itu, katanya, menayangkan video berkenaan di dewan yang mulia adalah pilihan yang tidak elok.

Karpal berkata video itu perlu ditayangkan bagi membolehkan semua Ahli Parlimen mengenal pasti individu yang terbabit dalam video tersebut.

"Parlimen merupakan tempat bagi pemimpin menggubal dasar dan bukan untuk satu perbicaraan. Perkara itu harus dibiarkan kepada polis...adalah baik sekiranya video itu ditunjukkan kepada pakar bagi menyiasat dan menentukan kesahihannya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen Isnin.

Sementara itu, sebahagian daripada klip video yang didakwa membabit pemimpin pembangkang itu dimuatkan dalam laman 'Youtube' dan beberapa laman web lain sejak tengah hari tadi.

Ahmad Shabery, yang juga ahli majlis tertinggi UMNO, berkata beliau tidak melihat dalam internet dan tidak berhasrat untuk berbuat demikian.

"Bagi saya, ia agak mengejutkan. Kita perlu tahu sumber mana yang melakukan tindakan itu kerana video itu seharusnya berada dalam simpanan polis.

"Kita ingin tahu bagaimana ianya tersiar dalam Youtube dan laman blog lain," kata Ahmad Shabery, yang juga ahli majlis tertinggi UMNO.

Pada 12 Mac lalu, seorang yang menggelarkan mereka sebagai trio Datuk 'T' mengakui mereka bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara di sini.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!