Halaman

Wednesday, April 6, 2011

Nama jalan Thailand dan bersusuk badan DS Najib membuktikan Video itu lakunan orang Thailand

Putar, putar jangan tak putar.......


Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu.
Tulisan yang merentang skrin sepanjang video tersebut juga menjadi tanda tanya. Mengapa ada tulisan siam pada video yang dikatakan dirakam dengan kamera cctv disebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu? Apakah kamera yang digunakan buatan Thailand sehingga tulisan tersebut tersiar sama?
Apabila diterjemahkan tulisan itu, ternyata ianya adalah nama sebuah jalan di bandar Bangkok, Thailand. Apa kena mengena nama jalan di Bangkok dengan rakaman disebuah hotel di Kuala Lumpur? Satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh trio Datuk T.
Jika suatu masa dahulu heboh dengan video seks artis-artis Malaysia, tetapi sebenarnya hanyalah video seks daripada Thailand yang muka pelakonnya seiras dengan artis negara ini, lalu digunakan oleh pihak penjual untuk melariskan video seks mereka itu. Gimik orang berniaga.
Mungkin pendekatan yang sama juga digunakan oleh trio Datuk T yang mempunyai motif yang cukup kuat untuk mengenakan Anwar, sayangnya sehingga kini mereka langsung tidak disentuh oleh pihak polis walaupun laporan polis telah dibuat dan pengakuan penglibatan mereka disiarkan semua rangkaian berita negara.

Putar lagi, putar lagi. Buat semuat rakyat Malaysia terkeliru. Apa apapun nama DS Najib tidak akan tertinggal. Rasanya orang di utara Malaysia, ramai yang boleh bertutur dan menulis bahasa Thailand. Label bawah video tu boleh dimasukan melalui edit kemudian. Semasa rakaman label tu takde pun. Di masukan untuk tujuan hiasan atau mengelirukan sahaja. Atau mungkin untuk memberi amaran, ada lagi video versi Thailand yang akan muncul?

Yang penting, setiap kita ada tabiat yang tertentu. Kalau kita suka peggang hidung ketika bercakap, kita akan peggang hidung. Kalau suka membongkok, kita akan membongkok. Sifat inilah yang buat  orang mudah  kenal kita walaupun dengan sekilas pandang. Banyak blog telah membandingkan gerak tubuh nuar diluar dan ketika di dalam video tersebut. Cuba lihat contoh di bawah yang di paparkan oleh Panglima Perang Cyber.


Apa apa pun rakyat dapat memikirkan sendiri walaupun ada usaha mengelirukan mereka.

Sumber: Harakah
Muka macam Anwar, badan macam Najib?
http://ajijoi.blogspot.com   

Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan ke dalam laman video Youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut di sebuah hotel eksklusif.
Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas ke alam maya?
Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan di merata ceruk negara dan kini menyusup masuk ke setiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.
Biarpun video yang dimuatnaikkan ke dalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.
Jika sebelum ini, semua penyokong Anwar menghentam 'pembikin filem' lucah ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Hentaman itu pula dilantunkan dimasa faktanya masih di awang-awangan, segalanya menggunakan logik akal. Mana mungkin Anwar berbuat begitu, kata mereka membela.
Dengan adanya 'teaser' video tersebut sedia ditonton di laman youtube, semua rakyat boleh menyaksikannya dengan mata kepala sendiri untuk menilai akan 'ketulenan' dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar. Video tersebut telah disahkan tulen oleh pihak polis tetapi apa yang dimahukan oleh orang ramai adalah pengesahan ketulenan pelakon video tersebut. Benarkah Anwar ataupun pelanduk dua serupa?
Tidak dinafikan video tersebut bisa berkesan kepada penonton yang hanya melihat di permukaannya sahaja dan mungkin juga terus mengiyakan bahawa memang Anwarlah yang mereka saksikan bertuala di dalam bilik hotel dengan seorang gadis berkulit putih.
Manakala bagi penonton yang sedikit teliti, dengan sekali tonton sahaja mereka bisa menemui beberapa kejanggalan yang terpapar di video tersebut. Banyak persoalan akan menerjah keminda mereka, mengapa begitu dan mengapa begini. Tidak akan terus menelan bulat-bulat tetapi akan mengunyahnya dahulu.
Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu.
Tulisan yang merentang skrin sepanjang video tersebut juga menjadi tanda tanya. Mengapa ada tulisan siam pada video yang dikatakan dirakam dengan kamera cctv disebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu? Apakah kamera yang digunakan buatan Thailand sehingga tulisan tersebut tersiar sama?
Apabila diterjemahkan tulisan itu, ternyata ianya adalah nama sebuah jalan di bandar Bangkok, Thailand. Apa kena mengena nama jalan di Bangkok dengan rakaman disebuah hotel di Kuala Lumpur? Satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh trio Datuk T.
Jika suatu masa dahulu heboh dengan video seks artis-artis Malaysia, tetapi sebenarnya hanyalah video seks daripada Thailand yang muka pelakonnya seiras dengan artis negara ini, lalu digunakan oleh pihak penjual untuk melariskan video seks mereka itu. Gimik orang berniaga.
Mungkin pendekatan yang sama juga digunakan oleh trio Datuk T yang mempunyai motif yang cukup kuat untuk mengenakan Anwar, sayangnya sehingga kini mereka langsung tidak disentuh oleh pihak polis walaupun laporan polis telah dibuat dan pengakuan penglibatan mereka disiarkan semua rangkaian berita negara.
Politik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin dinegara ini semakin hilang arah. Tersasar daripada landasan maruah dan moral. Semakin jijik dari hari kehari semata-mata untuk bergayut kepada kuasa yang ada. Generasi sekarang telah runtuh akhlaknya dengan gejala sosial yang menakutkan, apakah politik negara mahu generasi yang akan datang menjadi lebih teruk lagi sehinggakan menonton video lucah itu 'dihalalkan' atas nama 'menegakkan kebenaran'?

3 comments:

  1. sulah bikin liwat lagi mau apa tulen? lagi sulah bikin manyak dosa tau kah? itu oslam cakap itu macam punya olang bikin ini keleja cakap islam berzina? apa pasal lu olang mau tanya itu olan gade tulen kah x dak? hayyaaaa...waaa manayk tengok hari-hari itu stupid question manyak keluar....lu tengok betul-betul maaa. takut sama itu tuan ALLAH maaaaa...talak baik cakap ini macam...tuan ALLAH manyak malah nanti.

    ReplyDelete
  2. he he he kepala Anwar badan Najib tak mungkin. Apakah harakah pernah melihat badan Anwar tanpa pakaian. Nampaknya Harakah hanya menumpukan pada badan Anwar tapi bukan pada bentuk kepala dan wajah Anwar...beginilah jadinya jika hati sudah buta, pekak,...

    ReplyDelete
  3. lado tokou..
    hang tengok la..mana janggut nyer...xde pun..bilamasa anwar cukur bro...jgn cepat percaya..siasat pun lum jgn kita terus tuduh.berdosa besar. x ingat dosa kew....

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!