Halaman

Sunday, April 24, 2011

Nuar Anugerah tuhan untuk Malaysia.

Kata azizah bahawa nuar, anugerah tuhan ada juga ketepatannya dalam kontek Malaysia. Dah 56 tahun umur UMA, sedikit pun tidak sedar bahawa berzina itu bukan satu kesalahan menurut undang undang Malaysia. Jika mengendar dadah dan menaggih dadah adalah satu kesalahan undang undang tetapi bagi zina, memperdagangkan zina satu kesalahan tetapi tidak kepada berzina. Nuar telah membongkar rahsia itu. Kepincangan undang undang dalam sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi di dalam perlembagaannya. Tanpa nuar mencabar undang undang tersebut, tidak seorang pun rakyat Malaysia yang mempersoalkan kepincangan undang undang tersebut. nuar, telah di anugerahkan oleh Allah kepada rakyat Malaysia supaya mereka di sedarkan bahawa undang undang tersebut tidak menjaga kesucian agama Islam di negara yang tercinta ini.

Ada sebahagian undang undang Islam mengikut negeri negeri di Malaysia terdapat kesalahan zina yang nilainya hanya lima ribu ringgit sahaja tetapi tidak boleh dipraktikan kerana memerlukan 4 orang saksi yang tidak fasik. Undang undang ini hanya memperuntukan zina yang di lakukan di khalayak ramai sama seperti makan dan minum ketika Ramadhan di tempat orang awam.

nuar juga satu anugerah Allah untuk Malaysia. Tanpa nuar agak sukar di mengertikan bagaimana Yahudi dengan liciknya mengelincirkan iman umat Islam dengan kaedah beragama. Dengan di turunkan nuar, maka Allah telah menganugerahkan kepada rakyat Malaysia tektik bagaimana Islam itu di selewengkan. Baharu rakyat Malaysia sedar, Yahudi mengunakan manusia yang berperwatakan agama menjadikan Islam sebagai persamaan agama. Dengan cara itu, orang itu boleh dengan sebebas bebasnya kelak mengamalkan tabie buruk mereka berhubung dengan zina supaya tidak lagi di lihat sebagai satu kejanggalan moral dan bertentangan dengan agama. Selalunya kita hanya dengar dengar tetapi dengan di anugerahkan nuar kepada rakyat Malaysia, umat Islam dapat melihatnya dengan mata sendiri.

nuar juga satu anugerah tuhan kepada rakyat Malaysia. Orang Islam di ajar berpegang bahawa syaitan dan iblis akan menghasut, memujuk dan memperdayakan manusia untuk di gelincirkan dari jalan yang lurus. Allah juga telah memperkenankan niat iblis itu malahan Allah telah mencabarnya boleh mengunakan tentera tentera mereka yang berkuda dan berjalan kaki. Bagaimana umat Islam boleh memahami sesuatu yang ghaib? Lalu Allah telah anugerahkan nuar kepada rakyat Malaysia supaya rakyat Malaysia mudah memahami sebagaimana cerita yang di ceritakan di dalam Quran tersebut.

nuar sebagai anugerah tuhan untuk rakyat Malaysia. Dengan anugerah itu rakyat dapat melihat perpecahan bangsa Melayu akan menguntongkan orang kafir. Allah membiarkan perpecahan itu berlaku sebentar. Allah berikan pengikut pengikut mereka terdiri dari mereka yang arif dalam pelbagai bidang saperti perundangan, pentadbiran, ikonomi dan agama. Kemudian pengikut pengikut setia nuar  di bolak balekkan hati mereka dan akhirnya mereka kembali kepangkalan jalan dengan membawa bersama bukti bukti kesesatan nuar dan kaedah perpecahan itu di jalankan melalui kepakaran dalam bidang masing masing.

Setelah Allah sempurnakan anugerah itu, Allah jadikan sahabat sebagai musuh, Fitnah di buktikan kepalsuannya, pembohongan di buktikan kebenaran. Pengikut beransur meninggalkannya. Yang tinggal hanya kaum keluarga sendiri yang telah menerima budaya nuar dalam kehidupan mereka serta telah terperangkap dalam budaya tersebut serta mereka yang telah di tutup pintu hati mereka oleh Allah untuk menerima kebenaran. Allah jadikan peristiwa anugerah ini untuk mudah rakyat Malaysia memahaminya bagi  menyelamatkan umat Islam dari terus tertipu juga kepada mereka yang berfikir.

2 comments:

  1. Subhanallah.
    Syabas bro..itulah hakikatnya..Peringatan ALLAH dalam ayat 120 surah Al Baqarah..dipertontonkan kepada kita.

    'Melihat tanapa mengambil iktibar adalah lalai dan leka..'

    wallahuwa'lam

    ReplyDelete
  2. SUBHANALLAH..
    MEMANG BENAR BRO,
    RAMAI YG TELAH LUPA ISU POKOK KE S VIDEO INI IAITU ZINA. KERANA POLITIK, ZINA SEOLAH2 DIHALALKAN OLEH MEREKA.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!