Halaman

Tuesday, April 5, 2011

PR terkeliru identiti?

Tanyalah kumpulan reformasi, apa moto perjuangan mereka. Keadilan, ketelusan, keterbukaan dan menentang kezaliman. UMA memang anti reformasi. Nampak aje muka orang orang reformasi di kaca tv, UMA kata mereka musuh negara.

Atas keyakinan moto itu, berduyun duyun anak muda, lelaki dan perempuan sanggup lakukan apa saja. Ada yang kata sanggup bergolok bergadai. Ada yang sanggup masuk penjara. Ada juga yang sanggup hilang pekerjaan. Semuanya semata mata kerana reformasi ala nuar. Mereka dah tak mahu toleh kebelakang lagi, kerajaan yang ada perlu di tumbangkan.

Selepas reformasi bergabung dengan 2 parti lagi, slogan dah kena tukar. Putrajaya menjadi matlamat. Dah tak perlu adil, tak perlu telus dan tak perlu terbuka. Kalau kezaliman boleh menyebabkan kemenangan, berlaku zalimlah. Jika dulu semuannya dont, sekarang do.

UMA tertanya tanya. Kalaulah PR memerintah apakah ISA akan di hapuskan? Si Thien kerja membuli polis. Apakah PR tidak mencengkam pasukkan polis sedangkan belum perintah, polis pun dah pening kepala. Di Selangor, dah mula buat sekatan itu ini kepada kerajaan pusat. Logo 1 Malaysia pun tak boleh di pamer di Selangor. Pasukan polis di hina. Kalau datang ke balai polis semata mata mengarah itu ini buat kerja untuk kepentingan mereka.

Kalau PR memerintah, apakah kebebasan bersuara dan akbar di perjuangkan? Sekarang ni cakap sikit dah kena saman. Ada wartawan yang tidak di benarkan buat liputan. Ada wartawan yang kena herdik dan di hina.

PR mengagongkan kekuatan mereka berdasar kebanyakan mereka berlatarbelakangkan peguam dan kononnya ulamak. Puuuh, undang undang negara dan hukum hakam agama di letakkan di tanggan mereka. Keinsanan bakal di ketepikan. Dan apakah mereka tidak akan memperkosa institusi kehakiman?

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!