Halaman

Friday, April 8, 2011

Sempena PR Sarawak, Mufti di gesa letak jawatan.

UMA bercakap bukan suara UMNO. UMNO tak suruh UMA bercakap atau menulis bagi pehaknya. Pemimpn UMNO pun tak kenal UMA dan UMA agak sukar mengenali mereka semua. Jadinya apa yang UMA tulis bukan kerana UMNO tetapi cakap cakap rakyat biasa. UMA juga terkesan dengan peristiwa yang berlaku dalam negara. Apa yang ada dalam hati UMA, UMA curahkan.

Di Sarawak, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka. Ini cakap PAS bukan cakap Tuan Ibrahim.

Katanya lagi; Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan.

Lantak engkaulan Tuan Ibrahim. Masalahnya sekarang rakyat sendang meneliti pemimpin pemimpin mereka siapa yang layak duduk di Putrajaya. Rakyat mahu pemimpin yang bersih tidak ada onar yang boleh di tikam oleh musuh musuh negara kelak. Rakyat berhak mendapat kesejahteraan tinggal di negara tercinta ini di dalam keadaan aman di bawah naungan pemimpin yang bersih dan tidak mengamalkan dua alam. Bukankah Tuan Ibrahim kerap menyerang aklak pemimpin pemimpin kerajaan walaupun tiada bukti.

Tahniah kepada Tuan Ibrahim yang sanggup menjadi jurucakap kepada pemimpin yang rosak akhlak, munafik dan korup. Nampaknya sesiapa yang ingin duduk dan berjaya di dalam pemilihan Pas yang akan datang terpaksa menyokong amalan songsang si nuar.

Selamat memimpin agama isle pas kelak.



Sumber: Harakah.
Mufti: Letak jawatan tanda protes, ada media sendiri
Harakahdaily   
KUCHING, 8 April: PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka.

Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kejadian yang berlaku terhadap Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia.

Ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks, para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja.

Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu.

Antara mangsa salah lapor ini adalah Tuan Ibrahim sendiri yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini.

"Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, disamping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama," cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini.

Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media yang dikawal Umno dan BN.

Kenyataan begini amat dinanti oleh rakyat kerana ketegasan mereka akan dilihat pendirian rasmi para mufti. Sayangnya kenyataan begini jarang dikeluarkan oleh media perdanan kerana ianya bertentangan dengan agenda tersembunyi UmNo, kata Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, tindakan media perdana ini sekali lagi membuktikan isu video adalah agenda Umno bagi mematikan karear politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus merencatkan perubahan politik yang sedang berjalan di Sarawak.

Katanya, apa yang membimbangkan ada ura-ura pihak tertentu yang akan mengedarkan klip video ini di Sarawak, khususnya di kawasan Melayu bagi tujuan jahat mereka ini.

Memandangkan tiadanya senbarang tindakan phak polis bagi mengambil tindakan kepada Trio Umno yang menayangkan klip ini dan tindakan media perdana menyiarkan klip ini, maka tindakan ini tidak mustahil, tambahnya.

"PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah," katanya.

Sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan;

1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ramai lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat.

2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati.

3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah "Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)."

4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti.

Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama, tambah beliau.

2 comments:

  1. Memang sah lah parti PAS adalah parti yang memecah belahkan umat Islam dan mingkin inilah gerakan pertama didalam meliberaliusasikan agama Islam dan agenda memecah belahkan Majlis fatwa kebangsaan. Sekira nya mufti memberikan pandangan yang berbeza kekeliruan akan berlaku di kalangan umat Islam jadi memang sah parti PAS memang parti ajaran syaitan yang ingin mememcah belahkan perpaduan antara umat Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. BETUL LAH CKP NP PAS TU...ADA MAJLIS FATWA PUN X GUNA BUAT FATWA ORG ISLAM BERTAFAKUR KAT TUGU NEGARA HARAM..TP PM MALAYSIA BUAT JUGA KAT TURKI BARU2 NI...MUFTI PERAK BUAT FATWA HARAM KAN JOM HEBOH.. TP MB UMNO LANGGAR JUGA FATWA TU...ULAMA DAM MUFTI CKP JUDI TU HARAM DI SISI ISLAM TP UMNO NK KAN SIJIL HALAL JUGA ...DAH MCM MANA ...SIAPA YG PECAH BELAH KAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA...X KAN PAS PULAK...DAN SAPA PULAK MENGIKUTI AJARAN SYAITAN DGN MEMPERKENALKAN HUB HIBURAN BESAR BESARAN DAN JUDI BESAR BESARAN....UMNO KOT...

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!