Halaman

Monday, April 11, 2011

Tak perlu pakai payun terjun!!!

He, he, he, ada blogger minta supaya mereka yang di siasat oleh SPRM d bekalkan payung terjun atau gunakan bilek penyiasatan bawah tanah. UMA juga ada cadangankan supaya tidak mengunakan tingkat tinggi dan ada pengawal yang mengawal bilek siasatan. klik sini.

Teguran kami sekadar sayang kepada SPRM dari terus di hina oleh pihak pembangkang. Dari itu arahan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaafar adalah amat wajar, 

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan supaya semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu diselesaikan di aras bawah bangunan SPRM berkuatkuasa serta merta.
Datuk Zakaria Jaafar  juga berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM.
"Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi," katanya kepada pemberita di Putrajaya Sabtu.
Semoga tiada lagi kes ke tiga. Apa apapun UMA nak ingatkan Datuk, takde ke talian hotline keluar dari SPRM membocorkan siapa yang ada di dalam bilek siasatan? Macam ada yang menjergah mereka yang sedang di siasat aje?

Sumber: Agenda Daily
Semua urusan penting SPRM kini di tingkat bawah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan supaya semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu diselesaikan di aras bawah bangunan SPRM berkuatkuasa serta merta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaafar berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM.
"Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi," katanya kepada pemberita di Putrajaya Sabtu.
Menurutnya, SPRM juga telah mengarahkan supaya pengarah bahagian keselamatan untuk membuat pemeriksaan terperinci terhadap keseluruhan pejabat SPRM sama ada yang dimiliki sendiri, disewa atau bangunan gunasama bagi memastikan ciri-ciri keselamatan itu dipenuhi.
"Mengenai keselamatan pejabat-pejabat SPRM ini, kita sudah ada arahan Ketua Pesuruhjaya (KP)sejak dulu lagi yang masih berkuatkuasa.
"Mengikut arahan Ketua Pesuruhjaya, semua pengarah bahagian, pengarah SPRM negeri serta pegawai SPRM bahawa tetamu atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke pejabat pegawai. Tempat pertemuan hanya terhad di ruang menunggu atau bilik tetamu sahaja," katanya.-8/4/2011

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!