Halaman

Tuesday, May 17, 2011

Anwar akan bersumpah pada seawal Jun ini.

Tindak tanduk nuar mengatakan konspirasi kerajaan dan pehak penghakiman di pengaruhi oleh kerajaan tidak memeranjatkan. Beliau juga menuduh hakim telah membuat pra hukuman sebelum beliau membela diri. Tuduhan bodoh dan segaja menaikan semangat penyokong supaya memberontak kepada kerajaan. Jika hakim tidak membuat hujah bagaimana untuk membuat keputusan supaya nuar membela diri?

Pehak pembela juga akan memanggil saksi saksi untuk mempertahankan nuar dalam prosiding pembelaan nanti. Niat untuk memanggil DS Najib dan DS Rosmah amat di alu alukan. Semoga pertemuan 4 mata di mahkamah nanti akan menyaksikan siapa yang bercakap benar. Jangan tak percaya dengan kuasa mata.

Dari itu nuar akan mengangkat sumpah pada 6hb Jun ini nanti. Sudah tentu sumpah ini di nanti nantikan oleh pelusuk rakyat negara ini walaupun bukan sumpah laknat. Semoga nuar dan barisan pembela akan menjilat kaki DS Najib di mahkamah nanti atas fitnah fitnah yang di lemparkan kepada DS Najib dan DS Rosmah selepas keputusan membuktikan bahawa nuar memang bersalah. Itu pun kalau nak masuk syurga saperti fatwa nik ajis. UMA juga sedia menghulur kaki untuk di jilat oleh puak puak mereka kerana telah menuduh UMNO di dalam kes albuntuti nuar ini.




Sumber: Utusan Malaysia Online

Ketua Pembangkang 'angkat sumpah' beri keterangan 6 Jun

KUALA LUMPUR 16 Mei - Selepas sekian lama menunggu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya akan 'mengangkat sumpah' pada 6 Jun ini dengan bersaksikan beberapa orang peguam belanya termasuk Karpal Singh.
Bagaimanapun, sumpah yang bakal dibuat itu bukanlah sumpah laknat seperti yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebaliknya ia adalah sumpah untuk memberi keterangan benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijangka mengangkat sumpah tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan Mohd. Saiful Bukhari dari kandang saksi selaku saksi pembelaan yang pertama.
Barisan pembelaan pada ketika ini, telah menyenarai pendek antara 25 ke 30 orang yang bakal dipanggil memberi keterangan di peringkat bela diri itu.
Antara mereka yang disenaraikan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut disebut-sebut sebagai saksi ialah doktor dari Hospital Pusrawi ketika kejadian, Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid yang merupakan doktor perubatan pertama ditemui oleh Mohd. Saiful Bukhari sebelum membuat laporan polis dan diperiksa olah pakar-pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008.
Doktor itu juga dikatakan individu yang bertanggungjawab menghasilkan laporan perubatan kontroversi yang menyebut mengenai kemasukan objek plastik ke dalam dubur mangsa.
Selain itu, pakar-pakar yang dilantik oleh Anwar sebelum ini dijangka memberi keterangan pada perbicaraan yang dijadualkan berlangsung selama sebulan.
Tiga orang pakar tersebut ialah pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia dan dua pakar forensik, Dr. C. Damodaran dari Chennai, India serta Dr. David Wells dari Melbourne, Australia.
Peguam Karpal Singh ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding hari ini memberitahu, bakal-bakal saksi tersebut akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan di sebuah bilik di Kompleks Mahkamah terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada mereka layak dipanggil sebagai saksi.

1 comment:

  1. sumpah tu kira berbisa jugak dah lama rakyat tunggu sumpah dari aljuburi ni....kalau nak sumpah jawatan atau jadi ahli dewan parliment lajuuu jer si jubo ni

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!