Halaman

Saturday, May 21, 2011

Jangan Pandang Sebelah mata. Nik Ajis juga ada wawasan.

Nik Ajis nak buat stadium? Cantik. Sekarang pun Kelantan takde nak buat masjid. Ada bena gerai sekadar seluas kubur nik ajis. Duit yang di kumpul kerana tak buat masjid dan penjimatan  dalam pembenaan gerai kubur nik ajis dapatlah nik ajis membena stadium tu pula. Barulah gah. 40,000 orang boleh di muatkan dalam stadium tersebut. Jangan pandang sebelah mata. Nik ajis juga ada wawasan. Hee...he.... Kerajaan BN dah berlambak stadium yang mereka buat. Baru dengar cerita, MSO dah senyum sumbing.

Kalau nak buat sembahyang hajat kat situ, dah boleh buat sembahyang hajat perdana!!! Tapi jangan sampai jadi macam dalam video ini; sila klik sini


Sumber: Merah Tinta (MSO)

Celoteh Murai 83

Nik Aziz Pintas Annuar Musa, Makan Salentia


Yang riuh randah nak buat stadium ialah Annuar Musa, sejak tahun lepas lagi, tapi yang dah umum nak buat stadium ialah Nik Aziz. Terkejut juga Murai mendengarnya. Harga stadium RM159 juta, lengkap dengan kolam renang dan ada musallah sekali. Pembinaanya atas tanah kerajaan seluas 40.5 hektar di Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh.

Ya la setahunya Murai Nik Aziz bila tahu main bola, sepak bola pun masuk ke dalam kain sarung. Kata Selentia dia (Nik Aziz) hanya tahu beri kuliah Subuh saja.

Jadi bila Nik Aziz umum nak bina stadium baru untuk rakyat Kelantan itu, kenyataan itu bukan makan Annuar seorang tetapi makan sama Selentia. Inilah Nik Aziz bijak macam buah aji yang sudah naik haji. Dia bukan makan buah depan saja, buah belakang, rusuk kanan dan rusuk kiri, dimakan satu persatu..tap tap tap! semua dimakannya. Begitulah kalau orang banyak pengalaman dan masak dalam siasah.

Murai ucap tahniah atas keprihatinan Tok Guru dalam bidang bola ini. Mudah-mudahan dengan adanya stadium, kualiti dan kemajuan sukan di Kelantan meningkat bukan saja dalam bola tetapi bidang lain juga.

Cuma Murai harap janganlah ada kalangan orang Pas Kelantan dok cekah balah sama sendiri pula kerana nak berebut komisyen dari pembinaan stadium berkenaan. Murai jamin kalau dok berebut tak dan sampai setahun bumbung stadium itu akan runtuh macam di Terengganu. Janganlah begitu..

Khabarnya pengumuman Nik Aziz itu benar-benar mengecewakan Annuar kerana katanya dia sudah pun rancang nak buat stadium di Kelantan. Katanya semasa Najib melawat Kelantan bulan depan akan dipohon pada Najib untuk buat stadium. Annuar juga katanya sudah kenal pasti tanah untuk tujuan itu, bukan tanah kerajaan tetapi milik orang Umno. Tanah sapa, tanya orang baru Pas mungkin dia tahu!

Murai: Tak makan ulat bulu gatal.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!