Halaman

Tuesday, May 10, 2011

Kak Wan, cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar.

Beberapa blog meramalkan bahawa kebocuran maklumat liwat nuar di sebabkan kak wan sendiri. Dah kerja perisik, kerjanya merisiklah. Tahun 2007, tahap politik kak wan masih mentah lagi. Sedang sekarang ni aje baru suku masak. Kak wan fikir kujungan rakan rakan nuar tanda sempati mereka kepada keluarga kak wan apatah lagi kepada kak wan sendiri. Dok syok berbual tersasullah menceritakan masalah keluarga sendiri.

Yang BABI tu menuduh UMNO kenapa? Kalau kak wan sendiri percaya dan mengadu hal keluarga kepada perisik? Dah terbocor tembelang, ajar kak wan main drama....... Habis anak beranak jadi pelakun.

UMA nak nasihat kat wan. Tak semua kawan kawan nuar tu sahabat yang menyokong gerak kerja dia. Gerak kerja dia juga di monitor oleh penyumbang dana. Mereka hantar wakil wakil untuk menyiasat cerita sebenar. Peyiasatan dia taklah macam Bukit Aman. Mereka datang dalam sifat kekeluargaan. Kalau Bukit Aman, memang sedar mereka sedang menyiasat. Bolehlah putar sampai macam puting beliung. Bila dah datang sebagai keluarga, tak sedar cerita dalam kain pun boleh keluar. Pepatah lama mengajar kita. "Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar".

UMA percaya, hal liwat nuar bukan fitnah UMNO tetapi cerita dalam kain yang di ceritakan oleh kak wan sendiri.


Sumber: Pisau.Net


AIDCNews – 09/05/11 – Hubungan baik di antara Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan Peter Ho, orang kanan keselamatan dan risikan Singapura sepertimana yang didedahkan oleh Wikileaks satu ketika dahulu merupakan kunci maklumat perisikan Singapura memahami dengan lebih mendalam berkenaan perwatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor blog The Unspinners.
 
“Hari ini baru kita perasan yang dalam cable yang didedahkan wikileaks ada tertulis Wan Azizah pernah berjumpa dengan Peter Ho.

“Peter Ho ini yang ketika berjumpa dengan Wan Azizah (dipercayai tahun 2007-2008) merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura,Setiausaha Tetap(Tugas-Tugas Khas) Pejabat Perdana Menteri dan Ketua penjawat Awam Singapura. Peter Ho juga bertanggungjawab dalam isu keselamatan negara dan risikan Singapura.

“Persoalan besarnya, mengapa Wan Azizah berjumpa dengan kepala Risikan yang direct kepada Perdana Menteri Singapura ini”, lapor blog itu. Klik di sini


Tiga pegawai risikan Singapura yang didedahkan Wikilekas. Bilahari Kausikan (kiri), Peter Ho (tengah) dan Tommy Koh (kanan)

Menurut blog itu, pertemuan Wan Azizah dengan kepala risikan jika bersandarkan kepada faktor dana, sudah diketahui umum, tetapi dapat ditolak kemungkinan bahawa kepala perisik Singapura itu mahu mendapatkan rahsia sebenar moral Anwar sebagaimana dakwaan kes liwat II melalui sumber first hand.

“Soal Dana? Itu kita dah lama tahu.

“Tapi apa yang kita mahu bangkitkan adalah soal pendedahan wikileaks berhubung Anwar meliwat itu. Katanya perkongsian risikan Singapura dan Australia”, lapor blog itu lagi.

WikiLeaks, sebuah laman web antarabangsa, pada 12 Disember tahun lalu telah membocorkan maklumat bahawa Anwar benar-benar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Maklumat itu diperolehi dari Agensi Perisikan Singapura kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya itu terbongkar.

Turut disebut dalam WikiLeaks itu adalah kenyataan yang menyebut Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sendiri mempercayai Anwar melakukan aktiviti homoseksual itu dan beliau turut memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan berkenaan kes liwat Anwar.

Resolusi cross-check(semakan semula) antara kedua negara itu memutuskan Singapura dan Australia mempercayai Anwar melakukan perbuatan liwat itu walaupun Anwar cuba menafikan.

“Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan Lee Kuan Yew pernah memberitahu ONA semasa bertukar-tukar pandangan iaitu, Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu (liwat), yang beliau sekarang sedang menghadapi pertuduhannya”.

Isu ini menjadi bertambah hangat apabila akhbar Australia, The Sydney Morning Herald menyiarkan berita tersebut untuk sebaran umum rakyat negaranya.Klik di sini sini dan sini
Sumber:AIDC

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!