Halaman

Thursday, May 26, 2011

Kak Wan nak tutup blog?

"Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noorizawati Ahmad Zulkifli berkata, Sinclair mengambil tindakan wajar dengan menutup blog popularnya sebagai reaksi kepada skandal yang melibatkan suaminya".

Mana kak wan nak tutup blog dia Noor. Selagi hajat nak jadi "Wanita Pertama Negara" tidak tercapai selagi itu kebenaran, agama dan bangsa di ketepikan. Kalau bagai nak rak berkempen seluruh negara mempertahankan anu suami tu, adalah.

Sudahlah kak wan. Dulu elok elok berdiam diri tiba tiba sekarang cok cek, cok cek pulak. Makin banyak kak wan bercakap, makin banyak bukti di keluarkan. Setiap hujah kak wan yang tidak di sampingkan dengan bukti, sebaliknya pehak lawan pula yang membuktikan cakap kak wan bohong semata mata. Makin terdedah buruk keluarga kak wan.

UMA kadang kadang kesian dengan Izzah. Apa bila keluarga drama keluarga kak wan di potretkan gambar mereka dalam mana mana berita nampak nuar seolah olah bongkak, kak wan pula dalam ketawa manakala gambar Izzah dalam ketakutan. Izzah tahu cerita sebenar. Dia tidak boleh membohongi diri sendiri.

Nuar memang dah tak boleh bertaubat. Hati dia memang telah di kunci. Bagai rambut bersimpul mati. Kak wan adalah mangsa. Izzah adalah mangsa. Cukup cukuplah tu. Apakah mimpi UMA kehadiran kak wan bertemu UMA untuk keluar dari gejala keluarga dan memilih kehidupan damai akan menjadi kenyataan? UMA yakin, berjuta lagi rakyat Malaysia juga mimpikan perkara yang sama.

Kalau masih tak boleh buat apa apa, tutup dulu mulut tu. Sebelum lagi banyak segala hantu, jengking, ular, naga keluar bagi menyatakan keburukan keluarga kak wan. Berdiam diri itu juga sebahagian dari ubat.



Sumber: Utusan.

Wan Azizah dinasihat contohi Sinclair

KUALA LUMPUR 25 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya mencontohi Anne Sinclair, isteri bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn dalam berdepan skandal seks yang dihadapi suaminya.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noorizawati Ahmad Zulkifli berkata, Sinclair mengambil tindakan wajar dengan menutup blog popularnya sebagai reaksi kepada skandal yang melibatkan suaminya.
"Apa yang dilakukan oleh Sinclair itu adalah tindakan seorang yang bermoral dan bermaruah tinggi. Berbeza dengan Sinclair, Wan Azizah seolah-olah tidak mempunyai sifat malu dengan skandal seks yang dikaitkan dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Noorizawati berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan Sinclair kelmarin, yang menutup blog Two or Three Things Seen in America, yang dibukanya sejak 2008.
Dalam catatan ringkas ketika mengumumkan hasrat menutup blognya itu, Sinclair berkata, pengikut blognya pasti memahami situasi yang dihadapinya kini yang memaksa blog itu ditutup buat sementara waktu.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!