Halaman

Friday, May 27, 2011

Khairy berjaya tundukkan kerajaan?

Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak tersebut membuktikan bahawa kerajaan mendengar suara rakyat terutama golongan muda di negara ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan yang tepat. Keputusan tersebut juga amat bermakna kepada Pemuda UMNO di mana sebelum ini kami lantang menyuarakan bantahan kenaikan harga minyak itu".

Wow, nasib baik ada Khairy, kalau tidak satu negara kelam kabut kerana kerajaan akan menaikan harga minyak. Power juga Khairy ini. Petik aje jari semuanya jadi. Tapi Khairy kena petik juga jari supaya kerajaan mendaftarkan orang orang muda yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi supaya mendaftar segera. Dengar khabar mereka mengikuti program pemuda.  Macam mana Pemuda gagal mempengaruhi mereka supaya mendaftar sebagai pengudi?

Oleh sebab Khairy ada power, bagaimana kalau Khairy membantu kerajaan menanggani juga isu biasiswa yang di api apikan oleh media Cina yang di bawa oleh Pemuda MCA tu? Dalam banyak hal, Cina tak sokong MCA. Dalam isu biasiswa, tak kira MCA, DAP juga tumpang sekaki.

Cuba sekali lagi gunakan petikan jari keramat tu Khairy....



Sumber: Utusan Malaysia.

Pemuda, Puteri UMNO sokong keputusan tidak naikkan RON95

KUALA LUMPUR 25 Mei - Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana membuat keputusan yang tepat untuk tidak menaikkan harga minyak RON95.
Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak tersebut membuktikan bahawa kerajaan mendengar suara rakyat terutama golongan muda di negara ini.
"Kerajaan telah membuat keputusan yang tepat. Keputusan tersebut juga amat bermakna kepada Pemuda UMNO di mana sebelum ini kami lantang menyuarakan bantahan kenaikan harga minyak itu.
"Kami yakin keputusan kerajaan ini telah melegakan hati seluruh rakyat Malaysia dan sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan kenaikan kos perbelanjaan harian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khairy juga berharap harga tersebut akan terus kekal untuk satu jangka yang lama bagi mengelakkan rakyat menanggung beban akibat kenaikan harga minyak dari semasa ke semasa.
"Kami amat berharap kadar ini akan kekal buat satu tempoh yang lama kerana dengan keadaan inflasi yang tidak menentu, kami khuatir ia akan membebankan rakyat sekiranya harga minyak RON95 dinaikkan," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata, keputusan itu sejajar dengan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
"Keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95 ini diharap akan terus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!