Halaman

Sunday, May 22, 2011

Menteri "Balun" isu kenaikan harga RON95

Kalau dah pembangkang takde kerja lain selain membangkang. Benda yang belum berlaku di buat saperti nak runtuh langit. Kezaliman di jerit jerit bukan niat memberi nasihat tetapi mendakyah rakyaat betapa zalimnya kerajaan sambil menangguk di air yang keruh supaya rakyat pula beralih kepada menyokong mereka.

Harga barangan meningkat bukan semuanya salah kerajaan. Walaupun ada produk yang di keluarkan dalam negara namun bahan mentah kebanyakkannya masih di import. Jika negara pengeluar bahan mentah tersebut menaikan harga, otamatik kos pengeluaran juga akan meningkat. Kos barangan akan terlibat sama. Kenaikan minyak hanyalah satu faktor sahaja. Kerajaan telah berusaha memberi subsidi supaya jualan minyak kita masih lebih rendah jika di bandingkan dengan negara jiran malah negara dunia yang lain.

Selain subsidi, kerajaan juga samada menghapuskan atau mengurangkan ekspot / import duti kepada sebahagian barang mentah dan produk demi supaya barangan yang di jual di negara kita kos atau harga pasarannya lebih kompetitif. Rakyat bukan sahaja mendapat satu faedah, ada yang berganda faedah yang di lakukan oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat melalui subsidi dan penyelarasaan cukai kepada bahan mentah dan barangan tersebut.

Pembangkang tidak melihat kebijaksanaan kerajaan mengadun ikonomi negara sebaliknya mereka melihat hanya dari satu ruang sudut sempit untuk kepentingan politik mereka sahaja. Mereka sengaja membuat rakyat resah dan gelisah dengan itu mereka berpeluang menangguk di air yang keruh. Hingga sekarang, pembangkang belum lagi membuktikan bahawa mereka berjaya mengujudkan sebuah kerajaan kebajikan sebagaimana yang mereka war warkan. Ada juga yang telah mereka laksanakan hasilnya, hasil pendapatan kerajaan negeri terjejas teruk hingga melibatkan penjualan asset kerajaan negeri yang mereka perintah.

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Pembangkang digesa hentikan isu kenaikan harga RON95

BERA 21 Mei - Pihak Pembangkang digesa menghentikan segala tohmahan kepada kerajaan berhubung isu kenaikan petrol RON95 sebelum pengumuman rasmi mengenainya dilakukan dua minggu lagi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa harga tersebut akan dinaikkan dalam masa terdekat.
"Rakyat perlu bersabar dengan menunggu keputusan kerajaan dan jangan terpengaruh dakyah yang dilemparkan pembangkang kononnya bahan bakar itu akan dinaikkan.
"Saya sentiasa maklumkan bahawa Rasionalisasi Subsidi akan kita umumkan, jadi jangan menuduh kerajaan itu dan ini kerana kerajaan belum berbuat demikian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, tindakan pembangkang yang sengaja memainkan isu tersebut adalah untuk mengaut kepentingan politik tanpa mengambil kira faktor tertentu.
"Semalam saya dimaklumkan terdapat penyebaran di laman sosial facebook yang menyatakan kerajaan menaikkan harga RON95 sebanyak 30 sen selepas pukul 12 tengah malam.
"Penyebaran maklumat palsu itu menimbulkan kekecohan di kalangan rakyat maka saya mohon ia dihentikan," jelasnya.
Beliau menjelaskan, sebanyak RM20.58 bilion diperuntukkan sebagai subsidi untuk petrol dan bahan makanan yang membuktikan kerajaan mengambil serius tentang kebajikan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!