Halaman

Tuesday, May 3, 2011

Menteri Besar Tampar Angkatan Muda

MB Selangor tegur Angkatan Muda Keadilan

SHAH ALAM 2 Mei - Pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima tamparan apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor turut mengkritik tindak-tanduk mereka mencetuskan kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan masjid adalah tempat ibadat umat Islam dan sebarang aktiviti di dalam kawasan itu perlu dilakukan secara tertib.


"Saya tidak tahu dengan jelas mengenai kekecohan itu, tetapi kalau mereka (AMK) hendak berbincang, haruslah dengan cara yang terbaik.
"Salah satu perkara yang digalakkan bagi setiap umat Islam adalah mengimarahkan masjid dan penggunaan masjid itu harus tertib serta baik untuk tujuan bersolat, perkahwinan atau digunakan untuk mengadakan majlis angkat sumpah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jom Konvoi 2011 anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.
Jumaat lalu, suasana di dewan solat masjid berkenaan yang menjadi lokasi ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat kecoh berikutan tindakan provokasi anggota AMK dan penyokong parti pembangkang.
Kekecohan itu berlaku selepas solat Jumaat apabila penyokong pembangkang termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd. Akin cuba mengagalkan majlis lafaz sumpah laknat oleh Shazryl Eskay yang mewakili trio Datuk T bagi merungkai isu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
Ekoran kekecohan itu, beberapa anggota polis terpaksa menenangkan keadaan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

4 comments:

  1. sampaikan di dalam masjid pun bergaduh...apalah punya teruk kita ni sebagai seorg yang beragama islam ..mana perginya adab kalian..fikir baik2.tidak beradab di dlm masjid..bermakna tidak beradab dengan allah S.W.T..masjid adalh tmpt yg harmoni bukan tragedi..kekecohan...tmpt turunnya rahmat allah S.W.T...sedih betul hamba..apalah lemahnya iman..lemahnya adab..kalau di dlm masjid pun begini..kat luar tu lagilah..belajar banyak2 tntg adab..fail habis.

    ReplyDelete
  2. Hebat : Minyak dunia turun, minyak malaysia naik!
    assalammualaikum

    Hebat. Aku taktahu nak cakap macam dah. Negara aku mempunyai pemimpin yang unik. Mereka suka cakap terbalik. Dan mereka juga suka membuat perkara yang terbalik. Kata mereka harga minyak ron 97 ikut pasaran semasa. Kalau minyak dunia naik, maka ron 97 akan turut naik. Baiklah keratan printscreen ini membuktikan perkara yang sebaliknya

    Minyak dunia turun. Malahan untuk kali keempat berturut-turut. Ini pelik. Tapi di malaysia kita membaca ia sebagai minyak dunia naik. Aik.. adakah ada bahasa baru yang aku taktahu disini? Tak silap aku pemimpin aku ada ajarkan aku begini ;



    Kalau harga barang naik.. jangan sebut harga barang naik tapi sebut penyelarasan harga..

    JADI Adakah ini bermaksud kalau harga minyak dunia turun, maka kerajaan akan anggap ia sebagai satu kenaikan? Hermm entahlah. Harus tunggu kata putus najib terlebih dahulu. Esok dia akan muncul di radio. Wajarkah aku tanya kan soklan neh kepada dia esok?

    Disini ada bukti harga minyak dunia turun pada hari bn menaikkan harga ron 97 di malaysia.



    3 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 107.65

    5 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 106.42

    Nampak tak kat mana point yang aku tak puas hati kalau RON97 naik harga.Kalau betul-betul ikut harga pasaran semasa mana boleh jadi ini macam beb.Ni dah melawan fitrah alam.Kena tipu hidup hidup la nampak gayanya.Adehh

    Pelik betul orang Malaysia ni kan? Benda macam ni tutup mata,dekat media massa tak ada pun keluar pasal harga minyak naik,tapi bila benda benda porno,cepat saja.Adehhh.Tak lama lagi lah ertinya dunia ni.

    ReplyDelete
  3. anon 6 mei 3:52

    tula ko bodoh.. harga komoditi bukan pakai harga surat khabar hari ni... ko kena belajar ekonomi dulu baru nak ulas.. kalau harga komoditi pakai macam ko ckp tu maksudnya hari2la harga minyak berubah.. ada future trading bagai.. kalau x tau x payah cakap banyak..

    ReplyDelete
  4. anon 3.52

    yang ko melalak kecoh pasal ron 97 naik harga tu kenapa. ko pakai ke. orang len yang pakai pun tak kisah. ala keta lagi mahal ma dari minyak. sebab tuan punya keta mampu dengan kadar harga minyak tu la kereta beratus ribu depa dah beli. ko apa hal. kalau tak mampu tak yah pakai. banyak benda lain nak pk asyik benda remeh temeh cam ni je. ni la mentaliti pembangkang suka mempebesarkan pekara yang tak la besar sangat. harga barang naik adat la. kita ni hidup bukan di zaman dolu-dolu. berfikri la mengikut kewarasan akal fikiran.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!