Halaman

Saturday, May 14, 2011

Nik Aziz: Papagomo kena jilat kaki nuar?

Habislah kau Gomo. Kau banyak tuduh nuar dengan 1000%. Gomo kena jilat kaki nuar semasa dia hidup. Nuar kata ada orang nak bunuh dia. Takut tak sempat nanti. Atau baik pergi cepat cepat jumpa nik ajis minta di ampunkan. Nik ajis dah kata orang yang tuduh nuar dalam video sex tu tak masuk syurga. Patutlah polis takut nak istiharkan siapa dia pelaku dalam video itu. Walaupun sudah ada dua pengiktirafan bahawa video itu tulin dan sudah tahu pelakunya. Apakah polis takut masuk neraka atau sengaja gantung untuk kami menyambung lagi.

UMA harap polis akan dengar nasihat nik ajis tu sehingga tamat piliharaya nanti. Sekurang kurangnya ada juga modal lagi untuk kami.

Blogger, yok kita sambung lagi. Masih ramai lagi rakyat yang perlu di beri tahu. Kepada ustas yang tak ndak dan kata ini munafik dan perlu bertaubat, simpanlah dia dalam diri kamu sendiri. Kau dah sampaikan. Tanggungjawab kau dah selesai.


sumber: Berita harian

'Tak masuk syurga tuduh Anwar' 

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad dan Safeek Affendy Razali
krull@bharian.com.my
2011/05/14

Nik Aziz kecam pihak kaitkan pemimpin pembangkang dengan video seks

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.
“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka.
"Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti.

“Selagi tidak membuat kenyataan balas atau taubat atau sebagainya, tidak ampun dosa. Untuk menyucikan (hapuskan dosa), hendaklah memohon maaf,” katanya dalam kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

April lalu, Nik Aziz ketika ditanya pemberita di Kediaman Rasminya, di JKR 10, dekat sini, mengenai video itu, beliau tidak percaya Anwar adalah individu dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T'.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, membuat laporan polis berhubung dua SMS ugutan memintanya mendesak bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang mahupun Ahli Parlimen.
Naib Presiden Parti Keadilan itu berkata, SMS pertama diterima sewaktu beliau berada di Doha, Qatar, 11 Mei lalu dan kedua di rumahnya yang mengugut keselamatan anaknya.

Nurul yang hadir bersama ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail, yang juga presiden PKR dan tiga peguamnya turut memberitahu pernah menerima SMS dari orang tidak dikenali pada 5 Mei lalu namun beliau mengabaikannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan terbabit namun siasatan kes dirujuk kepada Polis Daerah Sentul kerana Nurul berada di rumahnya di Segambut ketika menerima SMS berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!