Halaman

Friday, May 27, 2011

Rais: Kerajaan ambil alih Bernama TV 1 Jun

May 24, 2011
CYBERJAYA, 24 Mei – Kerajaan akan mengambil alih pentadbiran Bernama TV mulai 1 Jun, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Menurutnya keputusan itu dibuat selepas penerima konsesi itu bersetuju untuk menyerahkan Bernama TV kepada kementerian selain mengakui mereka tidak mampu untuk meneruskan khidmat sedia ada.
“Pihak kami di kementerian akan mula menguruskan pengurusan baru itu pada 1 Jun dan butirannya akan kami huraikan hari itu,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.
Difahamkan stesen televisyen itu sudah pun menghentikan liputannya di negeri Sarawak dan Sabah sejak beberapa bulan lepas untuk memberi tumpuan kepada kawasan Lembah Klang.
Saham BTV Synergy Sdn Bhd dimiliki oleh Silver Ridge Bhd sebanyak 67 peratus dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebanyak 33 peratus menerusi perjanjian 2008.
Silver Ridge kemudian menghadapi masalah kewangan dan menyerahkan urusan bilik berita BTV kepada satu lagi syarikat swasta iaitu Redberry Sdn Bhd.

Sumber: Insider

1 comment:

  1. Maafkan saja la ... T.T

    http://ohartis.com/2011/05/mohd-hakim-bin-lokman-masa-menangis-bob-lokman/

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!