Halaman

Monday, June 13, 2011

Aku anak Wak.

Tak tahu kenapa aku di minta panggil Wak. Orang lain panggil ayah, bak, bapak tapi aku adik beradik memanggil Wak. Mungkin keluarga kita berasal dari Semerah, Batu Pahat. Di sana juga orang panggil wak ganti nama bapa.

Kenangan silam mengamit rasa. Bagaimana kau di hormati. Ada yang datang kerana suami isteri bergaduh. Ada yang datang untuk minta mengasuh kerana anak hendak khatam Quran ketika hari perkahwinannya. Ada yang mengadu isteri tak beri layanan seks, ada yang minta buat serbuan tangkapan maksiat. Kedai jual mahal pun mengadu pada wak selain meminta membacakan yasin untuk orang yang telah nazak.Wak sebagai pakar pelbagai bidang. Apa taknya orang nak bersalin dan tukar syarat tanah pun minta bantuan Wak. Kau bukan ketua kampong apatah lagi wakil rakyat. Hanya seorang guru agama dan imam kampung. Anak murid mengaji Quran mu dari hujung laut hingga hujung darat. Anjung, dalam dan dapur dipenuhi dengan budak budak mengaji dan bermain.

Masih lagi tergiang semasa Wak hendak kahwinkan abang Hussien. Lagi 2 bulan Md Noh dan rakan rakan menebang pokok getah, memotongnya dan membelah kayu untuk di jadikan kayu masak nasi minyak. Hampir sebulan Long Mah menjahit kain perca untuk di jadikan langgit langit sebagai ceiling rumah. Long endun hampir seminggu menjahit bantal kelkabu di jadikan alas kepala untuk tidur semasa kaum keluarga datang kelak.

Wak Sitar, jiran, meminta orang kampung menebang 2 batang pokok kelapanya untuk di jadikan tungku periuk dan alas lantai balai tetamu. Pak Ngah Dollah menebang 2 batang pinangnya untuk menongkat titi supaya kukuh menampun kedatangan tetamu. Makcik Kam membawa tabir dan kain batik lepas untuk menghias pelamin. Abang Deris mengendalikan masakkan untuk tetamu. Makcik Chenggah meminta orang mengambil pentas pelamin yang memang di arak seluruh kampung jika ada majlis perkahwinan sebagaimana beraraknya periuk belangga tembaga dan lesong kayu kita ke setiap rumah yang mengadakan majlis perkahwinan. Mat Jambul orang yang memunggut pasu bungga dan lampu pam dari rumah kerumah untuk hiasan pelamin dan meneranggi kawasan rumah semasa majlis berlangsung.

Anih, tidak ada jawatankuasa dan mesyuarat khas diwujudkan. Mereka datang sendiri apabila masa yang sesuai untuk mereka bertindak. Mereka datang membawa kemahiran masing masing. Mereka sama sama datang untuk berkongsi kemeriahan majlis. Mereka mahu jadikan majlis itu sebahagian dari majlis mereka. Hari ini bagaimana akan dapat aku membalas budi mereka kepada mu. Apabila aku balik kampung mereka semua telah pergi bersama dengan mu.

lebih 20 tahun aku meninggalkan kemeriahan bermasyarakat. Pagi aku pergi dan malam aku balik. Wak, walaupun aku tidak bersama masyarakat setempat tapi aku ada 3,000 orang Melayu Islam yang perlu aku bantu dalam tempat kerja. Malahan ia berlaku setiap hari. Tidak sekadar jika ada temasya saperti itu sahaja. Jumlahnya jauh lebih besar berbading 360 keluarga di kampung. Wak, banyak kata kata khidmat nasihat yang kau curahkan kepada mereka yang menemui mu yang aku terdengar dahulu aku gunakan dalam aku berhadapan dengan pekerja pekerja. Hebat, ramai di antara mereka yang terdiam. Jelas Wak, kau adalah consultant yang baik.

Sehingga ada pekerja yang membisikan ketelinga ku, Boss, ramai orang komplain Boss tak campur masyarakat? Lalu aku jawab, insyalah saya akan bersama sama mereka. Saya dah biasa bermasyarakat. Cuma saya ada komitmen menjaga maruah Orang Melayu di kacamata orang orang asing. Sekarang pun saya sentiasa menghulurkan bantuan dalam setiap aktiviti mereka. setidak tidaknya saya menghantar wakil syarikat mendengar masalah dan membantu aktiviti mereka.

Wak, aku kembali kepada mereka. Mudah mudahan aku dapat membalas semula jasa masyarakat yang menghurmati mu dahulu melalui masyarakat di tempat aku pula. Bagaimana mereka mengasihi mu aku akan mengasihi mereka. Bagaimana kau membantu mereka, aku akan membantu mereka juga. Aku ingat masa kau sakit. Sardon kena marah dengan ibu bapa mereka kerana tidak balik menziarahi mu. Sardon balik dari Perak tergesa gesa kerana melawat mu. Ah, cuma demam selsema. Kak Gandur selalu sebut setiap hari raya, "Dulu akulah yang cebukkan berak engkau, mandikan engkau dan pakaikan kau baju". Wak, macam mana aku nak balas semua ini? Mereka menjadikan engkau sebagai ibu bapa mereka!

Tapi rupanya Wak, keadaan masyarakat dah tak sama. Dulu hanya kau satu satunya pemimpin. Kini semua orang dah jadi pemimpin. Tidak kira kau imam atau kau penyedia kemudahan, semuanya sama taraf. Jadinya, semua orang tidak perlu di layan sebagai pemimpin yang satu. Kalau kau ada kelebihan satu bidang, kau perlu menghurmati pula bidang orang lain. Jika engkau enggan menghurmatinya, engkau akan tersisih.

Wak, aku anak Wak. Aku juga di antara pemimpin di kalangan mereka. Apakah aku mampu membalas jasa orang yang telah berjasa kepada mu?

2 comments:

  1. UMA,
    Uniknya dahulu orang berebut-rebut menolak untuk dijadikan ketua, tetapi sekarang orang berebut-rebut nak jadi ketua.
    Dahulu orang berebut-rebut nak menerima tugasan, tetapi sekarang orang mengelak-elak.
    Dahulu sekampung kira keluarga kita, sekarang jiran sebelah seminggu sekalipun bayah nak bersapa.

    ReplyDelete
  2. Okey UMA - I panggil my dad "ayah" panggil dad in law 'abah' :D

    tiba tang anak I dia panggil Meg "daddy" - :D :D :D :D :D

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!