Halaman

Monday, June 6, 2011

Bekas Mufti Johor Bela Kak Wan?

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyanggah Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed untuk mengambarkan layanan yang harus diberikan isteri untuk mengelak suami terjebak dengan kegiatan tidak sihat.

Dr Rohaya ni sindir kak wan ke? UMA setuju dengan bekas mufti Johor ni. Tabiat melacur ni sebenarnya penyakit. Layan macam mana pun dia cari juga yang lain. Kata rakan UMA, wanita ni macam padang golf. Walaupun golf sticknya sama, bolanya sama, padangnya tetap lain. Bukitnya lain, kolamnya lain.

Peminat golf tetap akan cari padang yang lain untuk melihat skill menghadapi cabaran pada keadaan padang yang berbeza.

UMA juga setuju pandangan Datuk Nooh bahawa perkahwinan tidak sekadar keperluan seks semata mata. Perkahwinan adalah institusi kekeluatgaan.

Penggunaan istilah pelacur keterlaluan – Nooh Gadut

KUALA LUMPUR 5 Jun - Penggunaan istilah ‘pelacur kelas pertama’ oleh Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr. Rohaya Mohamed untuk menggambarkan layanan yang harus diberikan isteri untuk mengelak suami terjebak dengan kegiatan tidak sihat adalah keterlaluan.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, ini kerana perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi keperluan seks, tetapi turut diiringi beberapa perkara lain.
“Perkahwinan juga berlandaskan kasih sayang, untuk mendapatkan zuriat serta mencari ketenangan jiwa. Perkahwinan adalah satu ibadat dan perlu faham matlamatnya,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas ‘peringatan’ Rohaya yang meminta isteri supaya patuh dan memberi layanan kepada suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ supaya suami mereka tidak beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan seks.
Difahamkan, kelab yang mempunyai 800 ahli di negara ini ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan kerana membawa ajaran sesat.
Menurut Nooh, suami yang mempunyai hubungan sulit dan mencari hiburan di luar bukan disebabkan oleh dorongan seks semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!