Halaman

Friday, June 24, 2011

Bila gol keeper naik keatas serang gawang lawan.

Adakah ini teknik terbaik dalam kerja berpasokan apabila gol keeper sendiri naik menyerang ke gawang lawan? Samada gol keeper bodoh atau pasukan hampas.

Ini berlaku dalam politik UMNO. Sepatutnya kerja berpasokan masing masing menjalankan peranan masing masing. Apabila peranan itu di ambil orang lain lalu orang yang patut menjalankan peranan tersebut akan buat kerja yang tidak menentu. Gian nak sepak juga akhirnya sepak masuk gawang sendiri.

Dalam UMNO, PM pergi turun padang? Mana striker? Mana wing? Bahagian back adalah sikit sikit buat kerja. Dalam berjalan, kita jangan lihat kaki yang melangkah. Mata hendaklah di hala jauh kedepan. Kalau hanya asyik tengok langkah kaki, akibat terlanggar tiang, lobang dan akhirnya masuk longkang.

Oleh sebab tidak menjalankan peranan masing masing, PM kena turun sendiri ke padang. PM berlagak macam ketua pembangkang. PM berfacebook, berjumpa anak anak muda dan menjawab sendiri semua fitnah fitnah yang di lemparkan kepada beliau. PM sendiri menjelajah negara.Mana menteri penerangan? Mana ketua pemuda? Mana ketua wanita? Mana ketua puteri? Mana pergi perhubungan negeri? Sebuk nak jadi calun ke? PM tak perlu buat kerja PM?????

Apakah YB Zulkifli Nordin dan Ummi Hafildah lebih UMNO dari UMNO? Suara mereka lebih lantang dari suara pemimpin UMNO? Apakah YB Ibrahim Ali lebih Melayu dari Melayu UMNO?

PM sepatutnya membuat strateji. Strateji tersebut sepatutnya di jalankan peranan dibahagian masing masing. Samada PM kemaruk kuasa atau semua menteri menteri mereka hampas. Apakah PM terlupa "Sikap tidak apa" PM pertama telah menimbulkan bencana? Rakyat dah cukup resah. Seolah olah kekuatan pembangkang tidak di imbang dengan kekuatan pemerintah. Rakyat masih sayangkan UMNO. Kebosanan ini akan mereka terjemahkan dalam peti undi kelak. Tak mahu belajar dari kelemahan PM kelima? Ingat, PRU12 rakyat tolak kerana pemimpin tidak membela UMNO.

Nak harapkan parti gambungan, mereka telah keluar dari sebagai pemain. Mereka dah duduk di tepi padang sebagai tukang sorak. Sorak tempik untuk lawan jauh lebih gempita dari sorak untuk pasukan sendiri.

Tun M, UMA rindukan kepimpinan Tun. Walaupun nampak Tun kawal semua perkara, mereka semua buat kerja, Tun. Pada masa itu steering pemanduan tetap di tangan Tun. Hari ini kelihatan semuanya lemah belaka. Rakyat dah penat Tun! Rakyat nak lihat ada tindakkan berpehak kepada mereka. Tun, marilah kita doakan kepada mereka yang baik baik aje. UMA akur, perajurit yang baik adalah kerana dipimpin oleh kapten yang terbaik.

1 comment:

  1. yes i was bout to ask PM the same question.

    mana semuanyaaaaaaaaaaaaaaaa??????? - yang yb lelaki sibuk BURU artis kot? yang menteri perempuan sibuk tengok katalog LV kot? gitew...

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!