Halaman

Thursday, June 23, 2011

Cuma ada 2 pilihan

UMA tak kesah jika semua orang marah pada UMA. UMA dah bosan. Cuma hati ini sahaja yang masih sayangkan Melayu dan menghargai pemerintahan kerajaan BN. Sebagai rakyat yang menyokong kerajaan, UMA terkilan.

UMA tenggok, banyak sangat musuh dalam selimut. Mana terpaksa nak berperang dengan musuh yang nyata di hadapan manakala musuh dalam selimut menikam dari belakang.

Dalam ATM ada petualang yang sebagaimana di dedahkan RPK tentang akuan bersumpahnya berkaitan Altantuya. Dalam PDRM duri dalam daging sebagaimana di dedahkan oleh GAP berhubung kontraktor yang menyediakan perisian sulit Polis di bukit aman. Disini dan sini.

Dalam politik ada KJ yang menjadi beruk menyokong arus pemikiran parti pembangkang. Saifudin pula sebagai trojan horse. Ada menteri yang pegang lesen datok dan ayah bercita cita nak jadi PM tapi kecut telur. Nak masuk PKR mesti tercicir dalam barisan terkebelakang. Dalam UMNO dah hampir nak sampai. Puteri negeri dah lupa adat dan lupa agama?

Dalam ekonomi UDA dah tak Melayu. Otak dah tak kreatif merancana dan mencari idea macam mana nak menjana ekonomi Melayu. Ambil shortcut. Ikut aje amalan konvensional janji hidup walau membelakangkan sumpah ketika mewujudkannya.

UMNO ada 2 pilihan. Bersihkan yang kotor dan susun kembali. Yang kotor ni bukan ramai sangat. Tapi cukup untuk membinasakan yang ramai. Bukan UMA aje yang cakap. Rakyat ramai yang cakap. Parti pembangkang apatah lagi. Apa kena takut bebenar untuk bertindak?

Atau, biarkan UMNO dan BN kalah melungkup pada PR akan datang. Otomatik mereka yang kotor ini akan melompat parti. Jadi, tidaklah kita di anggap jahat kerana tidak melakukan kekasaran kepada sahabat sahabat kita sendiri. Walaupun kita terpaksa menzalimi rakyat terbanyak. Kemudian kita susun semula parti. Semacam pilihan kedua ini menjadi pilihan UMNO buat masa ini.

Jika semua agen pembangkang telah di susun rapi dalam Jabatan kerajaan, ekonomi, politik, agama, sastera dan angkatan keselamatan, mampu ke BN bertahan buat PR kali ini?

UMA doakan yang baik baik aje!!!!


1 comment:

  1. Itulah persoalannya, Di mana nakhoda kapal? Isu-isu ini bukannya berlaku atau baru disedari semalam. Sekurang-kurangnya para blogger sudah sekian lama dan berbuih mulut dok highlight isu-isu ini.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!