Halaman

Sunday, June 26, 2011

KJ sama taraf dengan Pemimpin Pembangkang?

Malas betul nak sentuh pasal manusia sekor ni. Dah macam macam usaha promosi di buat. Test market sudah, modelling pun dah. Pakat pakat panggil kroni desak PM lantik jadi menteri. Baru jadi wataniah dah bercita cita nak tempur dengan Israel. Amerika terjunkan peluru berantai ke Irak. takkan si KJ nak terjun dengan payungnya di Palestine?

Lepas ancaman bunuh nuar melalui brek kereta, si Nurul pulak dapat ancaman keselamatan anak melalui sms. Ambiga baru aje dapat ugutan bunuh. Kini, menyusul pulak si KJ. Dah macam pemimpin pembangkang. Kecut juga telor dia. Dah ada modal supaya tak turun berdemo nanti.

Dalam gitu, cakap besar juga lagi. Segaja mengapi apikan pembangkang yang menunjukkan kerajaan bertindak pilih kasih. "Mengenai penganjuran perhimpunan tersebut, Khairy berkata pihaknya masih belum menerima panggilan daripada Bukit Aman untuk memberi sebarang keterangan mengenainya", kata KJ kepada Bernama. Seolah olah dia akan dapat keistimewaan di ketepikan dari tindakkan. Memang duri dalam daging dia ni.



Sumber: Bernama
Selepas Ambiga, KJ Pula Terima SMS Ugutan Bunuh

SEPANG, 26 Jun (Bernama) -- Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) ugutan bunuh tengah malam tadi yang ditujukan kepada anggota Pemuda Umno yang akan menyertai perhimpunan 9 Julai ini.

SMS itu, yang diterima jam 12.18 tengah malam dari nombor yang tidak dikenali (pemiliknya) turut mengandungi kata-kata kesat yang mengugut untuk 'menyembelih' anggota Pemuda Umno yang ditemui di perhimpunan itu nanti.

Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini Ahad, Khairy berkata laporan polis mengenai perkara tersebut akan dibuat oleh setiausaha pergerakan itu Datuk Megat Firdouz Megat Junid, yang turut menerima SMS serupa dari nombor yang sama.

Saya nampak ini perkara yang amat bahaya sekali dan mengancam keselamatan dan seolah-olah memberi satu ancaman terhadap mana-mana anggota Pemuda Umno yang ingin turun pada 9 Julai.

Mengenai penganjuran perhimpunan tersebut, Khairy berkata pihaknya masih belum menerima panggilan daripada Bukit Aman untuk memberi sebarang keterangan mengenainya.

Sebelum ini, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan menerima SMS ugutan bunuh, juga mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan Bersih pada hari yang sama.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!