Halaman

Wednesday, June 29, 2011

Romeo Castillo & Min Yong Song rupanya batu api?

UMA tabik hormat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akhirnya bertindak tepat dengan menyerahkan mandat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan apa sahaja yang sepatutnya terhadap mana-mana pihak termasuk penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) demi menjaga keselamatan negara.

"PDRM sentiasa memantua gerak geri Bersih dan PSM dan memberi nasihat (bukannya AMARAN), tidak memandang ringan terhadap pemantauan dan pengumpulan maklumat yang dilakukan PDRM", kata Datuk Seri Hishammudin kepada Utusan.

Bersih melalui PSM juga didakwa mendapatkan bantuan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan. 

Tindakan kotor pihak terbabit terbukti apabila sekumpulan 28 ahli PSM serta seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo, 59, dan warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

UMA takbik lu lah Datuk Seri. Rupanya lu buat kerja perlahan lahan nak kumpul maklumat. Tapi buat kerja last minute pun akan timbulkan banyak masalah. Dunia melalui nuar akan pandang serong. Apa apa pun kita bakar aje.... Majoriti rakyat di belakang tuan.



Sumber: UTUSAN MALAYSIA.

KDN beri polis mandat bertindak


HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersama Menteri Dalam Negeri Australia, Brendon O’Connor (kanan) ketika menghadiri Persidangan Kedua Peralatan Polis 2011 (GPEC Asia 2011) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. – UTUSAN/Zaki Amiruddin


KUALA LUMPUR 28 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi mandat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan apa sahaja yang sepatutnya terhadap mana-mana pihak termasuk penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) demi menjaga keselamatan negara.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuk menyiasat Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang cuba menghidupkan fahaman komunis.
“Bersih dan pihak lain yang terlibat juga diingatkan bahawa PDRM sentiasa memantau gerak-geri mereka dan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan.
“KDN telah memberi mandat kepada PDRM untuk melakukan apa yang patut terhadap Bersih dan pihak terlibat (penyebar fahaman komunis) demi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat.
“Pihak yang terlibat dinasihat tidak memandang ringan terhadap pemantauan dan pengumpulan maklumat yang dilakukan PDRM,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Hishammuddin mengulas tindakan penganjur dan peserta perhimpunan haram Bersih 2 yang didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis.
Bersih melalui PSM juga didakwa mendapatkan bantuan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.
Tindakan kotor pihak terbabit terbukti apabila sekumpulan 28 ahli PSM serta seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo, 59, dan warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

3 comments:

  1. Harap harap Tok Uban berjanggut panjang tu di tangkap sekali.

    ReplyDelete
  2. Tarik balik gelaran Sasterawan Negara dari penyair jahiliyah tu. Beri je gelaran Sasauwan Negara. Insya Allah gelaran Datuk kepada si kafir harbi Ambiga akan ditarik balik tak lama lagi...Daulat Tuanku!!!

    ReplyDelete
  3. Malam ini ada kempen Bershit ka stadium

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!