Halaman

Tuesday, July 12, 2011

Ini memang nak cari kerja.

Terkenang kembali pada sekitar tahun 1990 apabila UMA baru berpindah keSegamat. Semasa itu ADO En Naim yang di katakan di pinjamkan ke Segamat. Beliau begitu aktif mencantikkan Bandar Segamat dengan tanaman pokok bunga di rock garden dan pemisah pemisah jalan. Dengar khabar, hingga malam buta beliau dengan pekerja pekerjanya mengangkat dan menanam pokok pokok bunga tersebut. Tak macam sekarang, semua kerja di buat oleh kontraktor. Pejabat Majlis Daerah Segamat pada masa itu di bangunan bersebelahan polis trafik sekarang ini. Banyak kilang kilang di buka samada elekronik atau kilang kain. Di mana dan apakah jawatan beliau sekarang?

Apabila teraju bertukar maka bertukarlah keadaan saperti di hanyut bersama banjir yang kerap melanda Segamat agaknya. Apabila Yang Di Pertua baru, En Ismail Bin Abu mengambil alih teraju, sekali lagi suasana tersebut kembali. Kini kita boleh lihat bunga di tanam semula di pemisah jalan dan kontraktor pembersihan sentiasa berada di jalanraya, menyapu jalan dan menjirus bunga di awal pagi.

Taman reakrasi di rock garden (Taman Batu Hampar) di naik taraf dengan menambah peralatan senaman angota badan bagi mengalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat.

Tahniah Yang Di Pertua Majlis Daerah Segamat yang baru. Usaha tuan bersama kakitangan Majlis Daerah Segamat bagi menceriakan dan menyediakan kemudahan kepada rakyat amat amat kami hargai. Untungnya dapat pentadbir muda saperti beliau. Panjang akal. Kuat semangat.

Begitu juga dengan YB Dato' Haji Abdul Razak Bin Hassan, Tuan Pegawai Daerah kerap menjadi perbualan JKK Kampung. Keistemewaan beliau adalah kerap di lihat masuk keceruk kampung bersendirian untuk melihat sendiri keadaan kampung kampung. Orang kampung memang tak kenal beliau tapi kebanyakkan yang berurusan dengan Pejabat Daerah amat mengenali beliau. Ramai di katakan terperanjat. "Kami tidak pelik kalau dia seorang wakil rakyat", kata mereka

Baguslah Tuan DO. Waktu mesyuarat majlis Tindakan Daerah mana mana orang yang nak spin, sapu aje. Tuan DO telah melihat dengan mata kepala sendiri. Malahan dalam satu majlis Mesyuarat Agong PIBG di Sekolah Tinggi Segamat, YB Datok sendiri meminta jika ada apa apa majlis perasmian saperti itu supaya menjemput beliau bagi memberi peluang beliau melihat dengan dekat keadaan rakyat dari sudut pentadbiran. UMA fikir, jika Tuan Tuan DO kurang "main golf" memang macam ni lah lakunya.

UMA melihat 2 orang pegawai tadbir ini yang kini digabung bagi mentadbir Daerah Segamat, pasti akan menaikan tahap pentadbiran kepada rakyat bagi mencapai hasrat negara untuk menjadikan negara ini kearah negara maju.

Satu yang menarik perhatian UMA, banyak laluan pejalan kaki di bena dalam bandar Segamat. Mengunakan tile yang cantik dan ada yang berpagar. Dalam begitu mungkin ada sesuatu yang terlepas pandang. Apabila sesuatu projek akan dijalankan, jurutera tuan tu kenalah buat Hazard Risk Assessment.  Cuba tuan perhatikan betul betul gambar gambar di sebelah. Dulu di situ takdelah tempat laluan berjalan kaki. Lampu lampu tu memang cantik tuan. Apabila laluan pejalan kaki telah menyentuh tembok pagar, lampu lampu itu telah menjadi bahaya. Banyak lamp holder yang tidak bermentol dan ada mentol yang terjuntai. Pada waktu malam line tersebut adalah "live". Kanak kanak boleh mencapai lamp holder tersebut dan kemalangan renjatan elektrik boleh berlaku. Mentol itu memang tidak sesuai dalam tujuan laluan saperti itu. Perhatikan baik baik, tuan. Apabila berlaku kemalangan, tuding menuding jari tidak berfaedah lagi. Owner of the projek adalah bertanggungjawab.

2 comments:

  1. Salam, untuk makluman, Tuan Ismail Abu adalah Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat manakala Dato' Haji Abdul Razak Bin Hassan masih lagi Pegawai Daerah Segamat. Dengan pembahagian sebegini, usaha kedua-dua individu menjadi lebih fokus dan Insya Allah, masyarakat setempat yang menerima faedahnya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas pembetulan fakta tersebut. UMA amat menghargainya. Apa apapun kedua duanya berkalibar. Terdapat perubahan landscape yang nyata.

    Usaha kebersihan juga nampak di lakukan bersungguh sungguh. Usaha ini telah di buat sebelum di tegur oleh Sultan. Rakyat pasti menghargai usaha tuan tuan.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!