Halaman

Sunday, July 3, 2011

Kerana Sham keadaan jadi lalok macam ni

Hisham, hisham. Kerana engkau lembab sampai keadaan jadi lalok macam nie. Alhamdulillah, Yang Di Pertuan Agong telah bertitah bahawa Baginda Tuanku sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan. Walaupun tiada titah mengatakan bahawa perarakan tersebut hendaklah di batalkan namun tersirat di dalam titah itu bahawa perhimpunan dan perarakan tersebut memudaratkan.

Selepas ini kita akan lihat bagaimana anak anak Cina, India dan Melayu PKR dan Melayu PAS menghina titah Baginda Tuanku melalui facebook, twiteer dan blog. Aduhai, sadisnya............ Tak tentu pasal Baginda Tuanku terbabit sama....

Kau tak sedih Sham????



Titah Yang Di Pertuan Agong berhubung dengan Perhimpunan Bersih.

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara

4 comments:

  1. Tangkap dan ISA sahaja mereka semua. Mereka musuh negara.

    ReplyDelete
  2. Selepas ini akan timbul sekali lagi isu mereka yang bayar gaji Agong. Puak sialan.....

    ReplyDelete
  3. Anon 11:15 Jangan pula nanti penama "UmnoGok" kata BN guna Agong untuk nafikan demokrasi.

    ReplyDelete
  4. anti diskriminasiJuly 3, 2011 at 11:28 PM

    perhimpunan di teruskan. Hak kami melalui perlembagaan.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!