Halaman

Wednesday, August 24, 2011

Game yang menyeronokkan.

Lama tak menulis. Rasanya bulan puasa ni nak berihat. Tapi bila duduk diam aje ibarat membiarkan diri bertambah di perbodohkan.

Selama berihat UMA sedang bermain game. Game ini amat menyeronokkan. UMA suka dengan game ini. Game ini di namakan "ketulusan hati atas nama Allah". Oleh kerana game ini berisiko rendah kerana ia tidak menjejaskan masa depan UMA, UMA layan. UMA hanya bergerak selepas pihak lawan bergerak. Kadang-kadang UMA benarkan pihak lawan menang di dalam beberapa pergerakkan. UMA hanya membaca gerak laku pehak lawan. UMA seronok melihat pehak lawan mengunakan segala "power tools" dipersekitarannya untuk melangkah kehadapan. Kerana dia ada tools tersebut.

UMA akan terus bermain dengan game ini selagi pihak lawan tidak menamatkan permainannya. Menang kalah adat permainan. UMA juga akan terus melihat gerak langkah lawan. Seronok melihat mulut dan anggotanya berbicara sendiri. Sedikit demi sedikit terlihat anggota dan hati tidak selari.

Sayang, kami hanya bermain di bilik yang tidak berpenghuni. Tidak ada siapa yang faham apa yang kami lakukan. Permainan kami hanya di tonton oleh Allah, malaikat dan syaitan (itu pun kalau ada syaitan yang terlepas di bulan Ramadhan ini).

Terasa kesal, kenapa tidak di ambil gerakkan mengambil fadilat di hujung hujung Ramadhan?

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!