Halaman

Wednesday, August 31, 2011

Hadi tidak iktiraf kemerdekaan Malaysia?

Tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sebahagian khutbah politik sempena Edulfitri di Masjid Rusila semalam. Secara halus membangkit semangat rakyat supaya bangkit menentang pemerintah dan mengambil contoh nabi sendiri menyerang bangsanya sendiri yang di pimpin oleh bapa mertuanya Abu Suffian. Harakah melaporkan bahawa seramai 3000 orang hadir  bersembahyang sunat tersebut.

Hadi terus meracun minda jemaah dengan berkata: "“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w."

Sekali lagi seolah olah mengulangi fatwa fatwa beliau yang lalu, Hadi berkata; “Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar,” jelasnya.

Beliau terus membangkit semangat menentang pemerintah dengan alasan;“Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.

“Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai,” ujarnya lagi.

Ala Hadi, awak juga ada kerajaan yang awak pimpin. Buat aje dulu. Kalau tidak, berdasarkan khutbah yang awak ucapkan, UMNO pulak yang akan mengulingkan kerajaan yang awak perintah kerana tidak melaksanakan apa yang awak cakapkan. Kerajaan Kelantan sendiri bukan baru semalam.

Selanjutnya

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!