Halaman

Wednesday, August 31, 2011

Salam sahdu

Tak kuasa UMA nak minta maaf melalui blog. Siapa yang nak maafkan? Pembaca akan baca "saya minta maaf". Siapa diantara pembaca selepas membaca kenyataan tersebut, terjentik di dalam hati mereka untuk memaafkannya. UMA lebih percaya kalau ada sentuhan anggota atau bertentang mata. Sekurang kurangnya penghantaran maaf melalui sms dan sms itu di jawab pula. Sudah tentu ia melalui sentuhan hati.

Di antara yang menghantar sms bermaafan kepada UMA ialah Perdana Menteri DS Najib dan GAP. DS Najib juga jemput supaya bersama sama menghadiri rumah terbuka pada 1 hari raya lalu. UMA tak kisah kerana sms itu dihantar melalui mesin yang DS Najib sendiri pun tak tahu kepada siapa message itu di hantar. Tapi UMA tersentuh hati apabila "Blogger GAP" yang menghantarnya kepada UMA. GAP satu nama besar dalam alam siber. Dia juga menghargai blogger kecil saperti UMA. Lain lain blogger memanglah tak kenal UMA.

Sepanjang hari raya ini peluang yang baik untuk bermaaf maafan. Dalam dalam hari raya ni UMA singgung juga si mat komunis kerana si Mat komunis tu suka sangat buat dosa. Bulan Ramadhan pun dia menyakitkan hati umat Islam. Karpal yang tak Islam itu pun tahu perkataan taubat. Sekurang kurangnya menasihatkan si nuar supaya bertaubat.

Mat komunis sejak dua menjak ni begitu popular. Walaupun dia bercakap lawak bodoh, Mkini, Harakah dan Insider yang juga peminat lawak bodoh akan menjadikan lawak itu seolah olah berita benar. Ada orang kata mat tu anjing DAP. UMA kata tak juga. Dia cuma anjing belaan LGE. Lain lain pemimpin DAP tidak beri keutamaan kepada dia. Pengerusi DAP pun bantai dia balik. Popular mat komunis ni dah mengalahkan Nik ajis kerana dia mendapat sokongan B.A.B.I.

Ini juga masa yang sesuai nak minta maaf dengan Nik Ajis. Tak perlu jemput, kita boleh datang jumpa dia bila bila masa kerana sekarang adalah musim raya. UMA harap, dalam musim musim raya saperti ini Pok Nik tolong jangan buka mulut. Setiap perkataan dia akan membawa dosa bukan sahaja kepada dia malahan kita yang mendengarnya. Sekurang kurangnya kita akan menjawab balek segala perkataan perkataan dia dan kita juga membuat dosa yang sama.

UMA tak kuasa nak minta maaf kepada nik ajis. Ada juga yang kata, UMA kena minta maaf kepada nik ajis dan bertaubat. Segala hadis dan ayat Quran di keluarkan. Khutbah, ceramah dan taskirah dijadikan ladasan. UMA juga ada alasan menuntut balik kepada Allah segala pahla haji, umrah dan sedekah pok nik kepada orang asli dalam pilihraya kecil dahulu dibahagi kepada UMA. Dosa UMA hanya kepada dia. Tapi dosa dia kepada UMA, ibubapa dan datok datok UMA yang di fitnahkannya kafir melalui fatwa fatwa dia yang lalu, jauh lebih besar. Dia pun tidak pernah minta maaf kepada kami. Adakah dia fikir dia maksum? Dia takde dosa? Pernah dia minta maaf secara terbuka? Pernah dia minta maaf dalam setiap penutup ceramah dia? Angkuh sungguh!

Hari ini hari Merdeka. Tapi ini bukan hari kemerdekaan untuk mat komunis.Mat komunis kata yang memperjuangkan kemerdekaan ialah komunis. Selagi komunis belum menang, mat komunis belum lagi merdeka. UMA doakan agar Allah kekalkan nikmat kemerdekaan ini kepada negara kita berkekalan selama lamannya. Dari itu kita hargailah nikmat kemerdekaan yang di kurniakan Allah kepada kita ini dan sanggup mempertahankannya.

Salam sahdu dari UMA.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!