Halaman

Friday, September 23, 2011

Bila Bercakap mengikut musim

Nuar dengan nik aziz dah putar lagi. Mereka berdua dah mula mencari balik sokongan orang Melayu yang dah begitu terjejas menyokong mereka. Kenalah gunakan semula topeng muka Melayu, songkok melayu dan perjuangan Melayu dalam kata kata mereka. Kehangatan PAS menukar ideoloji dari parti Islam kepada parti kebajikan masih hangat terasa. Kira kira balik dah rasa macam rugi. Orang Cina bertambah untung, parti masing-masing bertambah mati. Dr Mansur di Penang, nuar dan nik aziz mula cakap pasal Melayu dan perjuangan Melayu. Perjuangan Melayu bermakna perjuangan Islam. Isu hudud di timbulkan semula. Nama Tun M sekali lagi jadi alasan sebagai punca penghalang melaksanakan Hudud. Karpal terus konsisten menentang.



Kali ini nampaknya nik aziz beria-ia sangat nak melaksanakan hudud walau di tentang oleh Karpal. nik aziz tidak kisah sekiranya DAP mahu meninggalkan pakatan pembangkang disebabkan perkara tersebut. Kata-kata sinis di hambur kepada DAP;
“Berapa kali jumpa dah, DAP sudah keluar sekali masa Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu, saya kata tidak apa (keluar), saya kata bye-bye, tidak apa.
“Sekarang dia (DAP) masuk balik, kalau dia keluar balik, dia punya pasallah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.
Dah hilang ke rasa toleransi nik aziz kepada DAP?

Dalam komen SEMUT HITAM dalam blog beliau; 


Pelik jugak. Bukan ke diorang jugak yang gugurkan perjuangan Negara Islam tu dan gantikannya dengan Negara Kebajikan?

Bukan ke dalam Mukhtamar PAS yang lalu, Haji Hadi kata agenda Negara Islam ni tidak termaktub didalam Al - Qur'an dan ianya bukan satu tuntutan dalam Islam?

 

 Manakala Gelombang Wangsa Maju mengimbas semula kata kata pemimpin pas dan PR berkaitan memperjuangkan Islam dan hudud.
  1. Kita bersyukur dengan DAP sekarang kerana mereka telah berubah sikap dan sanggup bekerjasama asalkan tidak mendirikan negara Islam [Nik Aziz/Berita Harian-12 Mei, 1999]
  2. Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri tidak mengandungi satu perkataan pun untuk tubuh negara Islam. Dia (DAP) boleh baca perlembagaan itu. [Nik Aziz/Utusan- 4 Ogos 2001]
  3. PAS sedia gugur Negara Islam, jadi untuk mencari pendamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak Islam. Tapi jika menyusahkan tak apa. [Nik Aziz/Berita Harian-25 Jun, 1999]
  4. Masih belum boleh melaksanakan Hudud atas sebab faktor ikonomi.[Hadi/Jom Sertai Pas-27 Disember, 2008]
  5. Perlaksanaan Hudud dan Qisas bukan agenda utama parti [M Daud Iraqi/Utusan Malaysia-27 Disember, 2008]
  6. Kita tak pernah janji pun nak laksanakan Hudud [Nizar/Utusaan Malaysia-3 Jan, 2009]
  7. DAP akan tentang, langkah mayat saya dahulu [Karpal/Utusan Malaysia- 24 Dis, 2008]
  8. Hudud tiada dalam agenda Pakatan Rakyat [Nuar/Utusan Malaysia-5 Jan, 2009]

Di dalam Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak Yang ke 12 pada 23 Jun 2008, Nizar bertanya; "Di manakah dalam mana mana yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan Negara Islam? Saya mintak pandangan dan saya mintak jawapan. Di manakah dalam transkrip Pas, dalam memorandum ke, dalam perlembagaan PAS sendiri ke, ada  menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam?"

Betul betul punye flip-flop agama.



2 comments:

  1. Please Link,
    http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. PemikirpolitikJerantut, permintaan tuan telah dilaksanakan.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!