Halaman

Sunday, September 25, 2011

DAP lebih Patriotik. Habislah Pas. Habislah PKR

DAP telah mula menunjokkan cinta negara. Sebelum DAP mengambil tindakkan kepada si mohan mereka telah menyatakan mereka ada sifat patriotik dan cinta negara. DAP mengajar mohan meminta maaf sekali gus mengarahkan mohan mengeluarkan kenyataan twitternya berkenaan menukar bendera negara. Kini DAP mengambil tindakkan displin kepada mohan dengan mengantungnya selama 6 bulan.

Habislah Pas, Habislah PKR. Kamu memang kena main dengan DAP. DAP telah mengasuh kamu melawan apa sahaja di depan kamu. Tak kira Raja, perlembagaan, agama, polis tentera, budaya dan sejarah dan segala usaha baik kerajaan. Kamu dijadikan manusia ultra yang sanggup melakukan apa sahaja. Tiba tiba DAP jadi baik. Mat Sabu salah, mat sabu kena sapu. Nik aziz salah, nik aziz kena balik. Nuar pun kena sekali. Dah baik betul DAP sekarang.DAP ada sifat sifat yang lebih murni dari 2 parti melayu tu. Salah minta maaf. Mat Sabu, jangan harap. Perkasa hantar memo pada pun dia jadikan gaduh. Dia hantar memo kepada Agong boleh pulak?

Sekarang DAP mula masuk track meninggalkan 2 dajal rakan mereka. DAP mula nak menunjokkan dia boss yang mengawal 2 melaun yang kedua duanya telah hilang punca. Dalam masa sama menunjokkan kepada orang Melayu bahawa DAP lebih bertanggongjawab dari 2 parti malaon itu.




Awang Selamat.

Belajar dari DAP
Dalam ruangan ini minggu lalu, Awang paparkan isu kebiadaban wakil rakyat DAP, M. Manoharan yang mahu menukar bendera Malaysia jika pembangkang memerintah negara.
Dalam tulisan membidas Manoharan itu, diselitkan fakta bahawa beliau telah memohon maaf. Permohonan maaf itu meredakan sedikit kemarahan orang ramai dan pelbagai pihak terhadap ADUN itu namun isu itu masih berbahang.
Terbaru, DAP mengambil tindakan menggantung Manoharan selama enam bulan ekoran kenyataan tersebut. Walaupun tindakan itu terdedah kepada apa sahaja tafsiran, Awang tertarik dengan pendekatan DAP yang mahu berpegang kepada nilai dan etika yang sesuai.
Ia seharus menjadi mesej kepada Pas. Parti itu sewajarnya mengenakan tindakan tertentu ke atas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan dalam ceramahnya yang menghina anggota-anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong.
Sudahlah beliau enggan menarik balik dan memohon maaf, Pas pula tidak mengambil tanggungjawab sebagaimana yang diperlihatkan oleh DAP.
Dalam isu yang melibatkan kepentingan negara, realiti sejarah serta patriotisme, Pas dan Mohamad Sabu telah memberikan isyarat salah kepada rakyat Malaysia. Memohon
maaf dan membetulkan kesilapan adalah amalan yang mulia apatah lagi dalam ajaran Islam.
Nasihat Awang, belajarlah daripada DAP. Itu belum bercakap tentang konsistensi dalam dasar dan perjuangan. Isu hudud adalah contoh paling ketara. Ia tenggelam dan timbul mengikut musim. Sekejap mahu hudud dan sekejap tukar negara kebajikan. Ada ketika mengaum seperti singa, ada ketika senyap menikus.
Ternyata hudud menjadi bahan jaja politik setiap kali menjelang pilihan raya umum. Tetapi yang tidak pernah goyah pendirian menentang hudud ialah DAP - dari dulu hingga sekarang.
Diancam oleh Pas sekalipun, parti itu tidak gentar. Berbeza dengan Pas, DAP juga tidak menggadai kepentingan agama anutan mereka demi politik. Sekali lagi, belajarlah daripada DAP.

Awang Selamat

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!