Halaman

Sunday, September 25, 2011

Sultan bimbang jika pelajaran sejarah hanya setaraf mat sabu.

Nampaknya hal sejarah ini juga menarik perhatian Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah. Baginda berpendapat pengajian sejarah bukan sahaja wajib dipelajari di peringkat sekolah, malah perlu diteruskan ke peringkat pengajian tinggi kerana ia penting dalam kehidupan negara bangsa

Baginda bertitah sejarah adalah "buku kehidupan" yang mengandungi pelbagai pengajaran dan perkara penting untuk dijadikan panduan ke arah perkembangan negara bangsa.
"Institut Pengajian Tinggi (IPT) harus menawarkan kursus bersifat holistik dan bersepadu dengan memberi fokus kepada komunikasi, keusahawanan dan pembinaan sahsiah bagi membantu membina keterampilan pelajar sejajar dengan dunia global.
"Sebagai contoh, pelajar dalam bidang Sains, Perdagangan dan Kejuruteraan perlu didedahkan dengan kursus persejarahan, falsafah atau pengajian perbandingan agama," titah baginda pada majlis Konvokesyen Ke-25 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas), di sini hari ini.

Baginda bertitah sejarah perlu dipelajari serta diambil iktibar terutama oleh generasi baru agar golongan itu lebih menghargai erti merdeka, kedaulatan bangsa dan negera dengan lebih bijaksana.

Sultan Abdul Halim bertitah sejarah negara bangsa perlu diketahui, difahami dan diserap oleh seluruh lapisan masyarakat, bukan sahaja sekadar mempelajarinya malah apa yang berlaku perlu dijadikan pedoman.

"Apa yang telah berlaku perlu dinilai semula untuk perkembangan masa depan, membina semula kedudukan dan kekuatan bangsa kerana sejarah berkait dengan jatuh bangun sesuatu bangsa dan negara," titah baginda.
Baginda turut mengingatkan graduan Polimas supaya menggunakan ilmu serta kepakaran masing-masing dengan sebaiknya dan cara yang betul serta mencurahkan apa yang ada demi bangsa dan negara.

Seterusnya

2 comments:

  1. Salam.Sekadar untuk kita renungkan.Peristiwa bukit kepong terjadi pada tahun sebelom merdeka.Jadi adakah komunis yang menentang polis di bukit kepong itu menentang kerajaan malaysia? siapa yang mengajar saudara tentang sejarah? cuba renungkan semula Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Kau ni anon memang tak boleh belajar sejarah. Atikel cerita lain kau bincang cerita lain. Cikgu aku dah tentu keluar dari maktab. Yang kau belajar sejarah dari mat sabu tu kenapa?

    Kalau kau cerita pasal kerajaan Malaysia, abang aku seorang tentera yang pernah berperang dengan kominis selepas pembentukan Malaysia. Kenapa kominis tidak meletak senjata selepas pembentukan Malaysia?

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!