Halaman

Tuesday, October 25, 2011

TS Muhyiddin akui media alternatif kaki putar belit.

KUALA LUMPUR 24 Okt.- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan beliau berhubung isu dakwaan beberapa blog bahawa anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabul kehormatan seorang gadis berumur 16 tahun, telah diputar-belit oleh beberapa media alternatif.

UMA: Begitulah pendedahan TS Muhyiddin di Parlimen dalam  menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini selepas di tuduh  oleh Lim Kit Siang dan mendesak supaya TS Muhyiddin menarik balik kenyataan beliau sebelum ini. Eyek, kata nak amalkan ketelusan berita. Selama ini menyerang Utusan Melayu sebagai pelapor berita palsu. Belum memerintah dah buat berita palsu. Takde satu pun yang boleh di puji keatas pembangkang nie.....

Sumber: Utusan Online

Muhyiddin kesal kenyataannya diputar-belit media alternatif

KUALA LUMPUR 24 Okt.- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan beliau berhubung isu dakwaan beberapa blog bahawa anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabul kehormatan seorang gadis berumur 16 tahun, telah diputar-belit oleh beberapa media alternatif.
Muhyiddin berkata, beliau tidak berniat untuk mengheret hal-hal berkaitan keluarga dan anak Guan Eng ke dalam kancah politik sebaliknya hanya menyarankan bahawa pihak berkenaan membuat laporan polis bagi menamatkan segala tohmahan berhubung isu itu.
"Sebenarnya saya tak nak campur dalam urusan seperti itu dan saya sedar banyak penulisan di dalam blog. Untuk heret isu keluarga dan anak dalam kancah politik itu bukan tujuan saya. Tetapi ia sudah diputar-belitkan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini.
Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Barat) yang bertanya sama ada Timbalan Perdana Menteri bersedia menarik semula kenyataan berhubung isu melibatkan anak Guan Eng itu yang dibuatnya sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri kelmarin menyarankan supaya Guan Eng supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pihak terhadap anaknya itu dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Kenyataan Muhyiddin itu kemudian mendapat reaksi daripada pemimpin pembangkang yang menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai mempunyai makna tersirat.
Muhyiddin berkata, beliau sendiri tidak menerima laporan berhubung kejadian itu daripada sekolah berkenaan sebelum ini memandangkan beliau tidak bertanya kepada sekolah itu mengenai insiden tersebut.
"Saya tahu dalam semua media alternatif banyak (kenyataan) ditokok tambah sehingga dikaitkan dengan hal lain yang tidak ada kena mengena. Saya tidak kata dia (anak Guan Eng) bersalah. Saya tidak ada masalah tetapi masyarakat membuat penilaian lain. Kalau tidak ada, apa yang YB Ipoh Barat bimbangkan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!